fbpx
Now Reading
Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus Di KL Ahad Ini Dibatalkan

Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus Di KL Ahad Ini Dibatalkan

Menurut akaun media sosial rasmi beliau, kuliah maghrib di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur itu dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (14 Julai), penceramah terkenal dari negeri Pantai Timur, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi akaun Instagram rasminya mengumumkan berita sedih buat warga Kuala Lumpur.

Kuliah Maghrib Perdana yang sepatutnya dijadualkan pada Ahad ini (16 Julai) bertempat di Masjid Saidina Othman Ibn Affan, Bandar Tun Razak dibatalkan.

Kuliah Dibatalkan Atas Arahan Pihak Tertentu

Menerusi akaun media sosial rasmi beliau, kuliah maghrib itu dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kuliyah maghrib perdana UAI yg akan diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada 16 Julai 2023 terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu,” tulis admin akaun tersebut menerusi ruang kapsyen.

Mohon Maaf Buat Warga Kuala Lumpur & Selangor

Menerusi hantaran itu juga, permohonan maaf berhubung pembatalan ini khusus buat warga Kuala Lumpur dan Selangor turut dibuat oleh admin bagi pihak UAI.

“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliyah di tempat anda,” tulisnya lagi.

Beberapa Pendakwah Luah Rasa Kecewa

Menerusi ruangan komen, beberapa pendakwah melahirkan rasa kecewa dengan pembatalan majlis tersebut pada saat-saat akhir.

Menurut Ustaz Ahmad Dasuki, menyifatkan pihak yang membatalkan majlis ini akan di pertanggungjawab di dalam kubur nanti, dan di padang mahsyar nanti.

Manakala, PU Syed menyifatkan Malaysia semakin tenat kerana aktiviti membatalkan majlis agama sudah menjadi satu perkara biasa.

Jelasnya, bagaimana mahu memimpin umat bila ada pihak berkuasa yang menyalahgunakan kuasa.

Perkara itu diluahkan oleh kedua-dua pendakwah tersebut menerusi ruangan komen di akaun Facebook UAI.

Foto: FB Ustaz Azhar Idrus

Terdahulu, kuliah UAI pernah dibatalkan di Selangor. Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) UAI tidak mempunyai tauliah untuk mengajar agama Islam di negeri ini.

Majlis yang dibatalkan adalah Kuliah Maghrib Perdana yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 26 Februari yang lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang menantikan kehadiran beliau ke ibu negara turut meluah rasa kecewa.

Tak Pe Ustaz, Yang Penting Ustaz Tak Berhenti Berdakwah

Kena Ambil Tauliah Mengajar Dulu Kot Di KL dan Selangor

KL & Selangor Banyak Kali Reject Ceramah Agama, Kena Siasat Benda Ni Bukan Main-Main

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.