fbpx
Now Reading
MPKB Kompaun Pemilik Salun Di Kota Bharu Kerana Benarkan Pekerja Wanita Potong Rambut Lelaki

MPKB Kompaun Pemilik Salun Di Kota Bharu Kerana Benarkan Pekerja Wanita Potong Rambut Lelaki

Menurut Pengerusi Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, pemilik salun berkenaan sudah membayar denda empat hari lalu selepas dikenakan kompaun oleh MPKB.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara membenarkan pekerja wanita memotong rambut pelanggan lelaki, seorang pemilik kedai salun dikompaun RM100 kerana melanggar undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB).

Pemilik kedai salun berkenaan yang terletak di bandar Kota Bharu itu dikompaun semasa MPKB melakukan operasi pada minggu lalu.

Pemilik salun sudah bayar kompaun empat hari lalu

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Pertubuhan Tiong Hua Kelantan, Datuk Oie Poh Choon berkata pemilik salun berkenaan sudah membayar denda empat hari lalu selepas dikenakan kompaun oleh MPKB.

“Saya sudah menemani wanita itu ke pejabat MPKB untuk menjelaskan dendanya dan dia juga mengaku melakukan kesalahan itu.

“Dia mengakui kesilapannya dan mendakwa bahawa dia terlupa peraturan itu,” katanya dipetik Berita Harian.

Menurutnya, undang-undang kecil lesen perniagaan MPKB telah menyatakan bahawa pendandan rambut wanita bukan Islam tidak dibenarkan menawarkan perkhidmatan gunting rambut kepada orang Islam yang berlainan jantina.

Harap MPKB beri taklimat pada pemilik salun mengenai undang-undang berkenaan

Susulan itu, Datuk Oie berharap agar pihak MPKB memberi taklimat kepada semua pemilik salun di bandar itu mengenai undang-undang berkenaan memandangkan ramai di antara mereka seolah-olah telah melupakannya.

“Ketika pertemuan saya dengan ahli persatuan baru-baru ini, kami juga menegaskan mereka supaya tidak melanggar peraturan MPKB atau mana-mana undang-undang kerana kami tidak mahu pihak tertentu mengambil kesempatan dalam keadaan itu,” katanya lagi.

Difahamkan, pekerja wanita salun itu menggunting rambut pelanggan lelaki yang pergi ke kedai berkenaan bersama ahli keluarganya yang turut memotong rambut.

MPKB kompaun pekerja wanita bukan Islam kerana berpakaian mencolok mata

Terdahulu, BuzzKini melaporkan seorang wanita bukan Islam dikompaun oleh MPKB kerana berpakaian tidak sopan semasa menjalankan perniagaan di sebuah butik pakaian.

Kejadian yang berlaku pada bulan lalu itu telah sohor di media sosial sekaligus mendapat perhatian ramai.

Bagaimanapun, MPKB bersetuju untuk membatalkan kompaun terbabit selepas satu sesi perbincangan diadakan bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Wanita Bukan Islam Di Kelantan Dikompaun Kerana Berseluar Pendek, Ini Penjelasan MPKB

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.