fbpx
Now Reading
“Sudah Bayar Kompaun”- Bapa Angkat Minta Isu Anak Didenda Pakaian Tak Sopan Tidak Dipolitikkan

“Sudah Bayar Kompaun”- Bapa Angkat Minta Isu Anak Didenda Pakaian Tak Sopan Tidak Dipolitikkan

Menurut bapa angkat wanita terbabit, dia tidak mahu isu itu diperbesarkan memandangkan telah mendapat penjelasan daripada pihak MPKB.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan berhubung kes seorang wanita bukan Islam yang dikompaun oleh Majlis Perbandaran Kota Bahru, Kelantan (MPKB) disebabkan tidak berpakaian sopan ketika menjalankan perniagaan di sebuah kedai pakaian.

Kejadian yang berlaku pada 24 Jun lalu itu kemudian menjadi sohor di media sosial selepas ia dimuat naik oleh seorang individu menunjukkan notis kompaun berserta gambar wanita berkenaan bersama pakaiannya iaitu baju hitam dan seluar pendek.

Perkara itu kemudian mendapat perhatian ramai apabila ia turut dikongsikan di Twitter sehingga pihak MPKB terpaksa menjelaskan hal sebenar.

Ini kerana MPKB mendakwa pakaian yang dipakai oleh wanita berkenaan sebelum dan selepas dikompaun adalah berbeza.

Wanita itu dikompaun di bawah Seksyen 34(2)(b) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majllis MPKB) 2019.

Baca artikel berkaitan: Tular Wanita Bukan Islam Di Kelantan Dikompaun Kerana Berseluar Pendek, Ini Penjelasan MPKB

Bapa angkat minta isu anak tak pakai sopan tidak dipolitikkan

Terbaharu, bapa angkat kepada wanita itu memaklumkan bahawa kompaun tersebut telah dibayar selain meminta agar ia tidak dipolitikkan.

“Saya sudah membayar kompaun yang dikenakan MPKB terhadap anak saya dan saya mohon isu ini tidak dipolitikkan,” ujarnya.

Anggap isu dah selesai lepas buat pembayaran kompaun

Malah bapa angkat yang dikenali sebagai See Yeap Seng, 51, turut menganggap hal itu telah selesai apabila pembayaran kompaun sebanyak RM50 telah dibuat pada pagi semalam (27 Jun).

Tidak mahu ada pihak mengambil kesempatan terhadap isu terbabit memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir, Yeap Seng menolak bantuan atau khidmat guaman yang ditawarkan.

“Saya terima banyak panggilan berhubung isu ini termasuk daripada DAP yang menawarkan khidmat guaman, namun saya menolak kerana menganggap ramai pihak mengambil kesempatan memandangkan PRN akan diadakan tidak lama lagi.

“Namun saya tidak mahu perbesarkan isu ini memandangkan saya sendiri sudah mendapat penjelasan dengan MPKB sendiri,” jelasnya dipetik Harian Metro.

Keliru anak dikompaun, bapa angkat dapatkan penjelasan dari MPKB

Menurut Yeap Seng, dia pada awalnya keliru ketika anak perempuannya itu dikompaun disebabkan kedai pakaian menjual pakaian wanita bukan Islam itu tidak dikunjungi oleh kaum Melayu mahupun lelaki.

“Saya cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak MPKB berhubung pemakaian yang dianggap seksi dan perkara itu juga sudah terjawab selepas saya mengadakan pertemuan dengan pihak MPKB.

“Saya tidak menganggap apa yang berlaku isu perkauman sebaliknya saya hanya mahukan pencerahan. Saya tinggal di Kelantan sejak sekian lama dan tidak pernah rasis.

“Ada orang kata saya rasis, namun orang yang kenal saya mereka tahu saya bagaimana. Saya mempunyai kedai kopi di Taman Maju dan kedai saya turut menyediakan surau untuk pengunjung beragama Islam.”

Oleh itu, Yeap Sing berharap agar masyarakat tidak menjadikan isu anak dikompaun kerana tak berpakaian sopan sebagai suatu yang boleh dipolitikkan kerana musim PRN.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.