
Tular Diganggu ‘Stalker’ Sudah 8 Tahun, Jurufoto Wanita Buat Laporan Polis Kali Ketiga
Perkongsian Acacia yang tular di media sosial sebelum ini telah mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata netizen bersimpati terhadap dirinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan pendedahan seorang jurufoto wanita yang diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenalinya sejak lapan tahun yang lalu.
Menerusi bebenang di laman Twitter miliknya, wanita yang dikenali sebagai Acacia Diana itu menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku dan berlarutan sehingga kini.
Acacia juga mendakwa pernah membuat laporan polis selain berhubung dengan keluarga lelaki terbabit agar menasihati individu berkenaan untuk berhenti mengganggunya.
Acacia buat laporan polis kali ketika semalam
Semalam (16 Julai), Acacia memaklumkan dia telah membuat satu lagi laporan di balai polis berhubung kejadian tersebut.
Dia pada masa sama turut mempersoalkan berapa lama perlu menunggu untuk tindakan diambil terhadap individu berkenaan.
Menurut Acacia, ini menjadikan laporan tersebut sebagai laporan ketiga yang dibuat olehnya berkaitan kejadian ngeri itu yang dialaminya sehingga trauma.
“Setakat ni ada buat 3 laporan polis, tahun 2018, 2022 dan hari ini (16 Julai 2023). Persoalan saya, berapa lama lagi untuk tindakan diambil tentang perkara ini?” kata Acacia kepada Buletin TV3.
Perkongsian Acacia yang tular di media sosial sebelum ini telah mendapat perhatian ramai, di mana rata-rata netizen bersimpati terhadap dirinya.
‘Stalker’ ikut sampai ke UK, banyak terima gambar kemaluan lelaki
Menurut Acacia lagi, dia telah berpindah ke United Kingdom pada tahun lalu bagi memulakan hidup baharu, namun sekali lagi terpaksa berdepan detik hitam apabila lelaki terbabit masih mengekorinya hingga ke sana.
“Lebih membimbangkan, sejak awal tahun ini, saya kerap menerima gambar kemaluan lelaki serta panggilan video lucah daripada lelaki terbabit.
“Gangguan itu sememangnya menjejaskan kehidupan, emosi dan kerjaya. Kehidupan saya di sini (UK) juga umpama dipenjara kerana setiap kali keluar, saya terpaksa memakai pelitup muka kerana bimbang diekori lelaki psiko itu.
“Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga lelaki terbabit mengambil serius perkara ini. Takkan nak tunggu saya mati baru nak mengambil tindakan?” soalnya.
37. By this time, I was preparing to move to the UK. I wanted a new start. It was desperate yes. I used all my life savings to do this. I want to be free. I want to pursue my passion. Live my life. I wanted to get the fuck away. So I moved. A new start, insyaAllah
— Acacia Diana (@ShaFoShizzle) July 14, 2023
Kertas siasatan dibuka dan direklasifikasi semula
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M. Hussin Sollehuddin Zolkifly menyatakan kertas siasatan mengenai kes terbabit telah dibuka dan direklasifikasi semula.
Jelas M. Hussin, kes berkenaan dibuka dan direklasifikasi semula di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan 233 Akta Komunikasi Multimedia Malaysia (AKMM) 1998.