fbpx
Now Reading
Polis Buru Lelaki Tular Baring Di Tengah Jalan Di Ipoh

Polis Buru Lelaki Tular Baring Di Tengah Jalan Di Ipoh

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, setakat ini pihaknya masih belum mengetahui masa dan tarikh kejadian itu berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kejadian individu melakukan aksi bahaya seperti berbaring di tengah jalan atau merebahkan badan pada kereta yang sedang bergerak bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia.

Difahamkan, tindakan tersebut dilakukan adalah untuk melakukan penipuan dengan menuduh pemandu terlibat telah melanggarnya bagi tujuan meminta ganti rugi atau satu modus operandi untuk menyamun seseorang.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Niat Lelaki Nak Menipu Konon Dilanggar Tak Menjadi, Kini Dicari Polis Pula [Video]

Namun, kebanyakan kereta pada masa kini sudah dilengkapi dengan kamera ‘dashcam’ yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti jika berlaku perkara tersebut.

Seperti baru-baru ini, tular satu rakaman ‘dashcam’ di media sosial yang memaparkan tindakan seorang lelaki secara tiba-tiba berbaring di tengah jalan di Perak.

Menerusi video yang tular itu, insiden dipercayai berlaku di sebuah jalan berhampiran stesen minyak Petronas Gunung Lang dekat Jalan Kuala Kangsar, Ipoh.

Pihak polis cari lelaki tular di media sosial baring tengah jalan

Terbaharu, pihak polis memaklumkan sedang mencari individu tular berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya telah terkesan dengan video tular itu yang dimuat naik di Twitter pada jam 4.30 petang kelmarin (22 Julai).

Menurut Yahaya, setakat ini pihak polis masih belum mengetahui masa dan tarikh kejadian itu berlaku.

“Satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan atas kesalahan bahaya atau halangan di jalan awam.

“Kita sedang mengesan individu terbabit dan kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak berdasarkan rakaman yang tular,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil bantu siasatan

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit diminta tampil membantu siasatan polis.

Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Kes, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019.

Tular rakaman lelaki pegang helmet tiba-tiba baring tengah jalan

Terdahulu, video berdurasi 41 saat itu tular di media sosial dengan memaparkan tindakan seorang lelaki sambil memegang topi keledar melintas jalan sebelum dilihat merebahkan badan di atas jalan ketika laluan sibuk dengan kenderaan.

Bagaimanapun, semakan kami mendapati video yang dimuat naik di laman Twitter itu sudah dipadam.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.