fbpx
Now Reading
Datuk Malik Akan Beri Kerjasama Sepenuhnya Kepada SPRM, Ingin Tegakkan Kebenaran [Video]

Datuk Malik Akan Beri Kerjasama Sepenuhnya Kepada SPRM, Ingin Tegakkan Kebenaran [Video]

Menurut Abdul Malik, dia sebelum ini telah memberi pendedahan penuh mengenai kes tersebut kepada pihak SPRM.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ahli perniagaan, Datuk Abdul Malik Dasthigeer memberi jaminan akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai siasatan terhadap dakwaan rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah yang dihadapinya.

Dia yang juga dikenali sebagai ‘Dato Malik’ itu mendakwa akan membantu pihak SPRM dalam memberi maklumat dalam siasatan kes-kes tersebut.

Abdul Malik ada beri pendedahan penuh kepada SPRM

Menerusi hantaran video di laman Facebook miliknya, Abdul Malik berkata dia telah memberi pendedahan penuh mengenai kes tersebut sebelum ini.

“Saya telah memberikan pendedahan penuh mengenai perkara ini dan akan terus memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk membantu (menyelesaikan) kes.

“Terima kasih kepada mereka yang telah menyatakan sokongan dan mari kita mengharapkan yang terbaik dan keadilan akan ditegakkan,” katanya.

Abdul Malik terharu doa dari orang ramai, keluarga dan rakan-rakan

Menurutnya, dia juga terharu serta berterima kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan orang ramai yang mendoakan agar urusannya berjalan dengan lancar.

Untuk info, Abdul Malik merupakan pengasas dan pengerusi Malik Group of Companies yang terkenal dengan membawa masuk artis India untuk mengadakan konsert Kollywood di Malaysia.

Selain itu, terdapat beberapa syarikat lain di bawah Malik Group seperti Malik Streams Corporation Sdn Bhd, Malik Maju Sdn Bhd, Malik Streams Properties Sdn Bhd, Malik Streams Antenna Movies Sdn Bhd, dan Malik Streams Production & Distribution.

Abdul Malik dan sekutunya ditahan selasa lalu, harta jutaan ringgit dirampas SPRM

Bagaimanapun pada Selasa lalu (25 Julai), Abdul Malik dan sekutunya telah ditahan dengan wang tunai sebanyak RM38 juta, emas seberat kira-kira 200 kilogram bernilai anggaran RM60 juta serta 17 kereta mewah telah dirampas dalam Op 82S yang dilakukan besar-besaran.

Menurut media yang memetik sumber, SPRM yang mengetuai pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) telah melancarkan operasi itu sekaligus melumpuhkan satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram dan pengurangan cukai tidak sah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.