fbpx

Datuk Dicekup SPRM Bersama Wang Tunai RM38 Juta & Emas RM60 Juta, 17 Kereta Mewah Turut Disita

Ketika operasi tersebut serbuan secara serentak juga dijalankan di 34 kawasan sekitar Lembah Klang melibatkan 315 pegawai dari pelbagai agensi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang usahawan yang berpangkat Datuk telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama wang tunai sebanyak RM38 juta serta emas dianggarkan sekitar 200 kilogram bernilai lebih kurang RM60 juta.

Selain itu SPRM turut menyita 17 buah kenderaan mewah selain menahan sekutunya dalam operasi OP 82S yang dilakukan secara besar-besar pada Isnin (24 Julai) lalu.

Operasi dilakukan secara besar-besaran bersama MATF & SPRM

Menurut Harian Metro yang memetik sumber, pasukan Petugas Agensi-Agensi Penguatkuasa Malaysia – Multi Agency Task Force (MATF) yang diketuai oleh SPRM telah melakukan operasi secara besar-besaran.

Hasil operasi ini berjaya membanteras satu sindiket rasuah, pecah amanah, penyeludupan barang-barang haram serta pengurangan cukai tidak sah.

“Operasi itu dijalankan dengan kerjasama enam agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Siber Sekuriti Malaysia (CSM).

“Operasi yang diberi nama Op 82S adalah kes pertama yang dijalankan di bawah Pasukan Petugas MATF yang dipengerusikan oleh Peguam Negara,” jelas sumber berkenaan.

Serbuan serentak dilakukan di 34 kawasan Kuala Lumpur & Selangor

Ujarnya, ketika operasi tersebut serbuan secara serentak juga dijalankan di 34 kawasan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor. Malah seramai 315 pegawai daripada pelbagai agensi turut terlibat.

“Sehubungan itu, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan sekutunya telah ditahan dan sejumlah wang tunai anggaran kira-kira RM 38 juta, emas seberat anggaran 200 kilogram bernilai kira-kira RM60 juta serta 17 buah kereta mewah antaranya berjenama Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz juga telah disita.”

Berita tangkapan disahkan oleh Azam Baki

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan tangkapan berkenaan semasa dihubungi.

Kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001, Akta Percukaian 1967 dan Akta Kastam 1967.

Usahawan itu walau bagaimanapun dilaporkan telah bebas dengan jaminan pada hari ini (26 Julai) sebaik sahaja keterangan dirakam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.