fbpx

Lelaki Kecewa Terima Notis Berhenti Gara-gara ‘Melabur’ Di Tandas Ketika Waktu Kerja

Menurut pekerja itu, pihak syarikat juga enggan memberikannya surat tunjuk sebab sebagai bukti punca dia diberhentikan kerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pekerja pasti akan berhadapan dengan tindakan tatatertib atau dibuang kerja daripada syarikat sekirannya melakukan sesuatu kesalahan yang besar atau terlibat dengan jenayah.

Namun siapa sangka seorang pekerja lelaki berasal daripada Sabah ini berdepan notis pembuangan kerja dengan sebab yang tidak munasabah.

Terima notis pembuangan kerja kerana buang air besar ketika waktu bekerja

Menerusi hantaran di laman Facebook individu terbabit, dia yang juga seorang operator kren meluahkan rasa kecewa dengan tindakan majikannya hanya kerana dia membuang air besar semasa waktu bertugas.

Menurutnya, alasan yang diberikan oleh majikan terbabit adalah tidak masuk akal menyebabkan dia meminta pandangan pengguna Facebook yang lain berkaitan isu berkenaan.

“Ada sesiapa yang bekerja di Jabatan Buruh boleh tolong jelaskan kepada saya tentang perkara ini. Ada seorang jurutera nak buang saya tanpa sebab. Dia suruh saya berhenti kerja 31 Ogos ini (semalam) kira notis sebulan.

“Tapi mengikut perjanjian dalam syarikat itu, tempoh bekerja yang dinyatakan dalam kontrak adalah setahun. Bermula 12 Jun 2023 sehingga 25 Jun 2024.

“Apabila saya bertanya sebab-sebab saya diberhentikan, alasan yang diberi langsung tidak kukuh. Surat amaran apa semua tidak ada,” katanya yang dipetik Kosmo.

Berlaku salah faham dengan majikan sehingga bergaduh kecil sebelum terima notis

Menurutnya lagi, sebelum menerima notis tersebut dia dan majikannya sememangnya berlaku salah faham sehingga tercetus pergaduhan kecil di antara mereka berdua.

“Sebenarnya pagi tadi (semalam) kami berdua ada selisih faham. Dia marah-marah di tempat kerja kerana saya membuang air besar ketika waktu bekerja.

“Bila saya sudah selesai urusan sebelum itu, dia suruh saya cari kerja lain sebab 31 Ogos (semalam) adalah hari terakhir saya kerja. Saya terus terkedu. Tak tahu apa-apa dan tiba-tiba jadi begini,” katanya lagi.

Pihak Syarikat enggan beri surat tunjuk sebab

Jelasnya lagi, dia sudah meminta majikan memberikan surat tunjuk sebab bagi membuktikan punca dia diberhentikan, namun pihak syarikat enggan berbuat demikian.

Bagaimanapun, lelaki terbabit dipercayai telah memadam hantaran tersebut kerana tinjauan kami di laman Facebook tidak menjumpai pemilik akaun dan ‘posting’ asal tersebut.

Pergi ke Pejabat Buruh sekiranya berdepan isu ditindas majikan

Namun sedikit nasihat yang kami boleh berikan bagi sesiapa yang berhadapan isu sebegini adalah dengan pergi ke Pejabat Tenaga Kerja dan buat aduan di sana. Ingat! sebagai pekerja anda juga mempunyai hak untuk bersuara.

Tidak kira pihak majikan atau pekerja, Akta Kerja 1955 merupakan satu perundangan buruh yang menyediakan rangka kerja undang-undang secara menyeluruh meliputi soal pembayaran gaji, hari rehat, cuti umum, penamatan kontrak kerja dan sebagainya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.