fbpx
Now Reading
Jurujual Wanita Didenda RM700 Kerana Tipu MC

Jurujual Wanita Didenda RM700 Kerana Tipu MC

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur turut memerintahkan agar tertuduh dipenjara dua minggu sekiranya gagal membayar denda.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Medical Certificate (MC) atau turut dikenali sebagai sijil cuti sakit merupakan dokumen sah atau sijil yang hanya boleh dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar.

Ia bertujuan untuk memperakui bahawa seseorang individu itu tidak layak menjalankan tugasnya kerana sakit.

Dalam dunia pekerjaan, seorang pekerja itu berhak mengambil dan menggunakan MC apabila dia merasakan dirinya tidak mampu untuk melaksanakan tugas.

Walau bagaimanapun, tidak semua pekerja bersikap jujur dalam penggunaan MC ini. Ada segelintir yang gemar mengambil MC untuk bercuti dengan sengaja atau menggunakannya kerana cuti tahunan telah habis.

Penipuan dalam penggunaan MC boleh menyebabkan seseorang itu didenda sekiranya dia didapati bersalah dan mengemukakan maklumat yang tidak tepat.

Jurujual Wanita Didenda RM700 Kerana Tipu MC

Begitulah yang terjadi kepada seorang jurujual wanita berusia 24 tahun apabila dia didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur gara-gara mengemukakan sijil cuti sakit palsu.

Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim menjatuhkan hukuman itu kepada Noor Farhana Nor Haspilah yang bekerja di sebuah butik pakaian dalam dan produk kecantikan setelah dia mengaku bersalah di atas kesalahannya.

Mahkamah turut memerintahkan agar tertuduh di penjara dua minggu sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan sijil cuti sakit palsu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Cheras pada 25 Julai yang lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (KK) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama yang membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

Peguam Rayu Hukuman Dikurangkan

Sewaktu prosiding, peguam bela tertuduh Mohd Zaidi Othman, merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan dengan alasan sudah menyesal atas perbuatannya. Malah, tertuduh juga merupakan anak tunggal dan perlu menyara ibunya yang berusia 60 tahun setelah kematian bapa.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Eleena Jamaluddin Akbal memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Kongsi Dengan Kawan-Kawan” – Klinik Buat Laporan Polis Selepas Sijil Cuti Sakit Dipalsukan

Baca Artikel Berkaitan: Majikan Rugi Jutaan Ringgit Sekiranya Pekerja Kemuka MC Palsu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.