fbpx
Now Reading
Abang Blazer Merah Didenda RM2,000 Kerana Cederakan Penghantar Barang Tahun Lalu

Abang Blazer Merah Didenda RM2,000 Kerana Cederakan Penghantar Barang Tahun Lalu

Kesalahan itu dilakukan di Lobi Menara IQ, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange pada pukul 3.59 petang pada 2 November tahun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam (9 Januari) menjatuhi hukuman denda sebanyak RM2,000 kepada seorang lelaki dikenali sebagai ‘abang blazer merah’ yang sebelum ini tular di media sosial kerana mencederakan seorang penghantar barang pada November tahun lalu.

Menurut Kosmo, Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Nazrul Hairie Harmi, 28, selaku orang kena saman (OKS) selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Difahamkan, sekiranya Muhammad Nazrul gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara selama empat bulan dan OKS membayar denda berkenaan.

Didakwa sebabkan kecederaan mangsa dengan guna kaki dan tangan

Mengikut kertas pertuduhan, Muhammad Nazrul didakwa menyebabkan kecederaan terhadap mangsa, Muhammad Samier Ibruhem yang berumur 24 tahun dengan menggunakan kaki dan tangan.

Kesalahan itu dilakukan di Lobi Menara IQ, Lingkaran TRX, Tun Razak Exchange pada pukul 3.59 petang pada 2 November 2023.

Bagi kesalahan itu, Muhammad Nazrul telah didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen tersebut memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya mohon hukuman setimpal diberikan

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya Zuhairi Osman memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada OKS.

Pun begitu, peguam yang mewakili Muhammad Nazrul iaitu Rhastdan Abdul Wahab memohon mahkamah mengenakan denda minimum dengan alasan anak guamnya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau selain menjadi penanggung utama keluarga.

Tular di media sosial video lelaki ‘lock’ leher penghantar barang

Terdahulu, tular di media sosial satu video yang menunjukan seorang lelaki memakai blazer berwarna merah ‘mengunci’ leher seorang penghantar barang di hadapan sebuah bangunan.

Video tersebut telah menimbulkan kemarahan orang ramai terhadap tindakan lelaki terbabit yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan.

Susulan itu, lelaki terbabit tampil menerusi satu video di akaun TikTok @ranggi017 untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas insiden yang telah berlaku.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.