fbpx
Now Reading
Proton Wira Mencurigakan & Enggan Berhenti Punca Kejadian Tembak-Menembak Di Kepong – PDRM [Video]

Proton Wira Mencurigakan & Enggan Berhenti Punca Kejadian Tembak-Menembak Di Kepong – PDRM [Video]

Menurut PDRM, awalnya anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sedang membuat rondaan dan kemudian terserempak dengan kereta Wira yang mencurigakan sebelum suspek berjaya melarikan diri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (7 Ogos), tular satu video di media sosial memaparkan satu kejadian tembak-menembak di antara sepasukan polis dengan sebuah kenderaan di jalan raya di Kepong.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mynewshub di Twitter, awalnya kedengaran siren kenderaan polis dibunyikan sebelum tiga orang anggota polis bertindak turun dari motosikal peronda masing-masing.

Kedengaran bunyi tembakan dilepaskan ke arah kenderaan terbabit

Mereka kemudian berlari mengejar sebuah kenderaan sebelum kedengaran beberapa bunyi das tembakan dilepaskan dipercayai ke arah kereta tersebut.

Dalam video juga kelihatan kenderaan tersebut awalnya dikelilingi oleh kenderaan orang awam yang berada di jalan raya berkenaan sebelum diberikan laluan sebaik sahaja siren dibunyikan.

Suspek kereta Wira berjaya larikan diri

Terbaharu, pihak polis memaklumkan kejadian tembak menembak dengan kenderaan jenama Proton Wira berwarna hijau itu berlaku di Pintasan Segambut melalui Taman Pusat Kepong sehingga Laman Rimbunan, Jalan Kepong, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan laporan mengenai kejadian itu telah diterima Pejabat Gerakan IPD Sentul, Kuala Lumpur pada 7.45 pagi tadi (7 Ogos).

“Hasil siasatan awal mendapati semasa anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) sedang membuat rondaan telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna hijau dalam keadaan mencurigakan.

“Oleh yang demikian anggota URB telah cuba memberhentikan kenderaan tersebut namun suspek bertindak melarikan diri serta melanggar anggota URB sehingga menyebabkan motosikal mengalami kerosakan dan alami kecederaan,” ujarnya.

9 das tembakan dilepaskan

Untuk mempertahankan keselamatan diri, dua lagi anggota URB telah bertindak melepaskan sebanyak sembilan das tembakan yang disasarkan pada tayar kereta suspek sebelum ia terbabas di tepi jalan.

Identiti kedua-dua individu itu turut dikenal pasti namun malangnya suspek berjaya meloloskan diri.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307/ 353 Kanun Keseksaan.”

Pihak polis dalam masa sama meminta mana-mana orang ramai yang menjadi saksi kejadian atau memiliki maklum berhubung itu boleh menyalurkan maklumat ini untuk membantu siasatan pihak polis dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul 03 4048 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.