fbpx
Now Reading
Cemarkan Imej & Reputasi, Vincent Tan & Berjaya Land Tuntut Sanusi Bayar RM200 Juta

Cemarkan Imej & Reputasi, Vincent Tan & Berjaya Land Tuntut Sanusi Bayar RM200 Juta

Sanusi perlu membayar RM200 juta susulan kenyataan yang didakwa berunsur fitnah telah menjejaskan integriti, reputasi dan imej Vincent Tan serta Berjaya Land.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan dan Berjaya Land Berhad (Berjaya Land) mendakwa kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika menyampaikan ucapan berkaitan Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) adalah tidak benar dan berunsur fitnah.

Susulan itu, Vincent Tan dan Berjaya Land menuntut pampasan ganti rugi sebanyak RM200 juta daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu.

Berjaya Land telah kemukakan surat tuntutan kepada Sanusi pada 5 Ogos lalu

Menurut Berjaya Land dalam satu kenyataan, pihaknya melalui firma guaman telah mengemukakan surat tuntutan kepada Sanusi pada 5 Ogos lalu dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya gagal dipenuhi sebelum 8 Ogos (hari ini).

Jelasnya, tanpa syarat Sanusi perlu menarik balik semua kenyataan defamasi yang merujuk kepada Tan dan Berjaya Land selain membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kenyataan Sanusi cemar integriti, reputasi dan imej Vincent Tan serta Berjaya Land

Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu juga perlu membayar pampasan sebanyak RM200 juta susulan kenyataannya itu telah menjejaskan integriti, reputasi dan imej jutawan itu serta syarikatnya.

Sementara itu memetik kenyataan Vincent Tan, beliau berkata tuduhan yang dilakukan itu telah menimbulkan keraguan dan mencetuskan syak wasangka tanpa sebab mengenai usaha perniagaan serta inisiatif kedermawanan yang sah.

“Kami ingin menyampaikan mesej yang jelas bahawa sesiapa yang membuat sebarang kenyataan palsu, kami tidak akan pandang ringan dan pastikan pihak yang terlibat bertanggungjawab atas tindakan mereka,” katanya dipetik Kosmo semalam (7 Ogos).

Dalam pada itu, Vincent Tan dan Berjaya Land juga telah membuat beberapa laporan polis terhadap Sanusi serta beberapa blogger seperti Murray Hunter, Badrul Hisham Shaharin dan Raja Petra Kamarudin atas penerbitan kenyataan defamasi terhadap projek SMG.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.