Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mengetuk kepala seorang wanita dengan menggunakan sehelai kertas pada Sabtu lalu (19 Ogos).
Susulan penularan video tersebut, segelintir individu dan pihak telah mengecam tindakan Sanusi kerana disifatkan sebagai tidak mempunyai adab terutamanya pada golongan wanita.
Sanusi pertahankan tindakannya
Namun, Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Rakyat (ADUN) Jeneri kemudiannya tampil mempertahankan tindakannya itu.
Menurut Sanusi, tindakannya yang tular itu hanyalah gurauan untuk menegur pelajar berkenaan kerana lambat memohon bantuan.
Hanya melawak, pukul dengan sehelai kertas bukannya kayu
Ujarnya, beliau hanya memukul pelajar terbabit dengan sehelai kertas dan bukannya menggunakan sebatang kayu.
“Melawak dengan anak-anak, lagu tu lah cara kami kat kampung ni melawak. Anak tu nak masuk politeknik esok hari (kelmarin dulu).
“Pada hari tu baru bagi surat minta sumbangan. Kena lepuk lah tapi tetap bagi juga RM650 untuk beli barang dia masuk politeknik,” katanya dipetik MalaysiaKini.
Terdahulu, Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Amira Aisya Abd Aziz dilaporkan menyifatkan tindakan bergurau Sanusi memukul kepala seorang wanita dengan gulungan kertas adalah sangat tidak beradab.
Video Sanusi lepuk kepala wanita