fbpx
Now Reading
Sanusi Dakwa Ada ‘Tangan Ghaib’ Dalam Kes Ahmad Zahid, Bung Moktar dan Zizie [Video]

Sanusi Dakwa Ada ‘Tangan Ghaib’ Dalam Kes Ahmad Zahid, Bung Moktar dan Zizie [Video]

Menurut Sanusi lagi, ketempangan tatakelola dan tadbir urus kerajaan itu terus hilang kawalan selain ditambah pula dengan kegagalan mengawal harga beras.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mendakwa ada ‘tangan ghaib’ bagi kes mahkamah melibatkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin serta isterinya, Datin Seri Zizie Izette.

Menurut Sanusi, ia merupakan episod duka yang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram harus hantar isyarat jelas mengenai kegagalan tadbir urus kerajaan

Susulan itu, beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram harus menghantar isyarat jelas bahawa rakyat tidak dapat menerima kegagalan tadbir urus itu lagi.

“PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram ini akan menjadi petunjuk adakah pengundi boleh menerima keputusan proses pendakwaan kes Ahmad Zahid, Bung Mokhtar (Ahli Parlimen Kinabatangan) dan isterinya yang ditarik dan digugurkan kerana kedua-dua kes itu ada kes prima facie malah sudah di peringkat bela diri.

“‘Tangan ghaib’ itu bukan sahaja membuang masa mahkamah dan pasukan penyiasatan malah rakyat menyaksikan episod sedih duka lara dalam tadbir urus pemerintahan Kerajaan Perpaduan pimpinan PH,” katanya dipetik Kosmo.

Sanusi yang juga ADUN Jeneri berkata demikian dalam satu video berdurasi 6 minit 37 saat yang dimuat naik di dalam akaun Facebook miliknya semalam (7 September).

Sanusi pada masa sama turut menjelaskan beliau tidak dapat menghadiri beberapa siri ceramah di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram kerana mempunyai tugasan rasmi iaitu meninjau pelajar Kedah yang berada di Mesir.

Ketempangan tatakelola dan tadbir urus Kerajaan Perpaduan terus hilang kawalan

Jelas Sanusi lagi, ketempangan tatakelola dan tadbir urus kerajaan itu terus hilang kawalan selain ditambah pula dengan kegagalan mengawal harga beras.

“Kenaikan mendadak harga beras (import) adalah kerana keceluparan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sektor bekalan beras yang mengumumkan beras import tidak dikawal, menyebabkan ia naik harga dan dijual kepada RM39 (bagi kampit 10 kilogram).

“Maka kartel yang menyimpan beras tempatan juga menukar pembungkus menjadikan beras tempatan sebagai beras import untuk dijual pada harga RM39, padahal beras tempatan adalah barang kawalan yang dijual pada harga RM24 (kampit 10 kg) sebelum ini malah kini turut naik kepada RM29,” katanya lagi.

Di akhir perkongsiannya, Sanusi juga tidak melepaskan peluang untuk mengajak pengundi di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram agar menterjemahkan penolakan kepada kezaliman Kerajaan Perpaduan menerusi undi yang akan diadakan esok (10 September).

Kes Ahmad Zahid DNAA & Kes Bung Moktar bersama isteri DAA

Terdahulu, pada 4 September lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Selang tiga hari kemudiannya iaitu pada 7 September, Bung Moktar dan isterinya pula dilepaskan dan dibebaskan (DAA) oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kes rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 47 Kes Pertuduhan: Ahmad Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.