fbpx
Now Reading
Rafizi Cabar Sanusi Berdebat, Anggap Pemimpin PN Paling Berani

Rafizi Cabar Sanusi Berdebat, Anggap Pemimpin PN Paling Berani

Menurut Rafizi, antara pemilihan lain Sanusi adalah disebabkan tiada maklum balas daripada Pengerusi PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan,Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan diadakan pada 12 Ogos 2023.

Malah, bahang PRN pada kali ini kian terasa apabila esok (29 Julai) bermulanya hari penamaan calon dan parti-parti yang bertanding mula berkempen bagi meraih undi dari pengundi.

Terbaharu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang, Selangor malam tadi menyatakan hasrat untuk berdebat bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada kempen PRN yang akan bermula esok.

Cadang Debat Siaran Langsung, Anggap Sanusi Berani

Rafizi yang merupakan Menteri Ekonomi memilih Sanusi kerana berpendapat Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu merupakan antara pemimpin pembangkang paling berani.

Malah, dia juga yakin bahawa debat itu bakal menjadi ‘hiburan terbaik’ buat rakyat menjelang hari mengundi nanti.

“Oleh itu, lepas ini Insya-Allah saya nak jemput Sanusi mari berdebat dalam televisyen. Saya yakin ramai, TV3 ke, Astro ke, semua akan berebut-rebut.

“Sebab saya pengarah Pilihan Raya PKR, dia Pengarah Pilihan Raya PAS. Jom mari kita berdebat supaya kita boleh bincang,” kata beliau.

Pernah Ajak Azmin Untuk Berdebat Namun Tiada Respon

Menurut Rafizi, pemilihan Sanusi antaranya juga disebabkan tiada maklum balas daripada Pengerusi PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau membuat tawaran debat kepada Azmin beberapa hari yang lalu ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani di Sri Tanjung, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Oleh kerana (Mohamed) Azmin, mantan Menteri Ekonomi sampai sekarang (tidak sahut cabaran debat). Sudahlah lari daripada kerusi Bukit Antarabangsa, yang itu pun takut, sekarang orang ajak berbincang pasal ekonomi pun takut,” kata Rafizi.

Sebelum ini, Rafizi dikatakan pernah mengajak Azmin untuk berdebat pada tahun 2018 ketika bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memegang jawatan Timbalan Presiden PKR, namun tawarannya itu juga ditolak oleh Azmin.

Debat Untuk Pupuk Budaya Persaingan Idea, Cara Terbaik ‘Tutup’ Mulut Sanusi

Bagi Rafizi, cabaran debat yang ditawarkan hanyalah untuk memulakan budaya persaingan idea bagi membantu rakyat dan tidak hanya menumpukan kepada retorik ‘siapa lebih Melayu’.

“Saya dah bentangkan satu perkara yang mudah saja, macam mana kita nak tukar solar dan atap nak bantu rakyat. Saya nak tunggu daripada PN apa idea mereka, idea konkrit macam mana nak bantu rakyat,” kata beliau.

Malah, beliau turut memberi peluang kepada Sanusi untuk memilih sebarang topik yang berkaitan dengan isu ekonomi seperti pembinaan lapangan terbang, projek solat atau hal ehwal golongan miskin sebagai tajuk perdebatan antara mereka.

Rafizi juga menganggap cabaran debat terhadap Sanusi juga merupakan cara terbaik untuk ‘menutup’ mulut Sanusi daripada memperlekeh dan menghina fizikal mana-mana lawannya.

“Jadi ada masa dua minggu lagi ni, kalau saya tak bantu dia berdebat pasal ekonomi, pasal pentadbiran, saya tak tahu siapa lagi dia nak hina lepas ini,” kata Rafizi.

Jelajah Madani DUN Rawang

Jelajah Madani DUN Rawang

Posted by Parti Keadilan Rakyat on Thursday, 27 July 2023

Azmin Setuju Berdebat Dengan Rafizi

Dalam pada itu, Azmin Ali memaklumkan bersetuju untuk berdebat dengan Rafizi namun ianya bersyarat.

Jelasnya, antara syarat yang disertakan adalah Rafizi perlu membuktikan bahawa dia berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

“Sebab itu wahai Rafizi, saya bersedia berdebat dengan saudara dengan syarat buktikan dahulu kamu berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.

“Pertama turunkan harga minyak terlebih dahulu. Bukan saya janji, kamu yang janji. ‘Hari ini saya jadi Perdana Menteri, esok minyak turun….’ dah turun belum?

“Kalau belum turun, turunkan dulu baru jumpa aku,” katanya dalam ucapan sewaktu Majlis Pengenalan Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawa Gombak, pada Khamis malam.

Baca Artikel Berkaitan: Sanusi Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Pertuduhan Menghasut

Baca Artikel Berkaitan: Dulu Lantang Enggan PH Bergabung Dengan UMNO, Rafizi Buat U-Turn?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.