fbpx
Now Reading
Wanita Maut Selepas Besarkan Payudara, Keluarga Diminta Buat Laporan Untuk Siasatan

Wanita Maut Selepas Besarkan Payudara, Keluarga Diminta Buat Laporan Untuk Siasatan

Terdahulu, Tan Wei Shan yang juga ibu kepada dua anak telah mengalami komplikasi didakwa selepas mengambil suntikan pembesaran payudara dan dibawa ke hospital.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, media ada melaporkan kejadian seorang wanita yang maut selepas empat hari melakukan suntikan untuk membesarkan payudara di sebuah rumah dua tingkat di Skudai, Johor Bharu.

Dipercayai suntikan itu dilakukan oleh pakar kecantikan yang tidak bertauliah dan mangsa difahamkan meninggal dunia jam 7 pagi pada 2 Ogos lepas.

Mangsa alami komplikasi sebelum dimasukkan ke hospital

Menurut laporan Berita Harian yang memetik akhbar Cina tempatan, suami mangsa iaitu Wong, 35, berkata isterinya yang dikenali sebagai Tan Wei Shan, 29, mengalami komplikasi didakwa kerana suntikan pembesaran payudara asid hyaluronik sebelum dimasukkan ke hospital.

Suami wanita itu mendakwa selepas suntikan itu dilakukan, ibu kepada dua anak berkenaan turut mengalami sakit dada.

Malah selepas suntikan dilakukan pekerja premis kecantikan itu tidak mahu mengambil sebarang bayaran.

Dalam pada itu, polis mengesahkan pihaknya ada menerima laporan tentang kematian wanita itu pada jam 7.08 pagi hari yang sama.

Namun tiada sebarang tangkapan dilakukan, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Keluarga mangsa diminta buat laporan

Susulan daripada kejadian itu, keluarga wanita itu kemudian dinasihatkan untuk membuat laporan secara rasmi kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) agar siasatan dapat dilakukan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor iaitu Ling Tian Soon laporan yang dilakukan itu adalah untuk membolehkan siasatan lengkap dapat dilakukan tentang kes kematian melibatkan wanita terbabit.

Bukan hanya itu, pihak keluarga juga boleh mendapatkan keadilan serta pembelaan di atas kematian wanita tersebut.

“Saya telah nasihatkan keluarga mangsa buat aduan kepada JKNJ secepat mungkin, ini kerana perkara itu boleh disiasat mengikut Akta 586, iaitu sama ada prosedur dijalankan di premis peribadi itu mematuhi standard dan piawaian kesihatan.

“Siasatan juga akan turut mengambil kira sama ada pakar kecantikan yang bertanggungjawab dalam perkara itu mempunyai akreditasi untuk menjalankan prosedur berkenaan,” ujarnya lapor Kosmo.

Nasihat orang ramai untuk dapatkan rawatan atau buat prosedur kesihatan di premis yang mempunyai lesen

Tian Soon dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai agar melakukan sebarang rawatan atau prosedur kesihatan di premis yang memilki lesen serta kebenaran daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selain itu, mereka juga perlu memastikan bahawa individu yang menjalankan prosedur berkenaan mempunyai sijil dan kelayakan sewajarnya.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.