fbpx
Now Reading
Mahkamah Perintah Lelaki Ganggu Acacia Diana Selama 8 Tahun Jalani Pemeriksaan Di Hospital Bahagia

Mahkamah Perintah Lelaki Ganggu Acacia Diana Selama 8 Tahun Jalani Pemeriksaan Di Hospital Bahagia

Selepas mendengar hujahan dan makluman kedua-dua belah pihak, mahkamah menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes selain laporan psikiatari tertuduh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki yang tular di media sosial kerana mengganggu seorang jurufoto wanita hari ini (10 Ogos) diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Shah Alam bagi menjalani pemerhatian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.

Majistret Sasha Diana Sabtu mengeluarkan perintah demikian terhadap Mohamad Safiq Rosli, 37, selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas.

Permohonan dibuat mengikut Seksyen 324 Kanun Tatacara Jenayah

Semasa prosiding dijalankan, pihak pendakwaan membuat permohonan itu di bawah Seksyen 324 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri bagi rawatan pemerhatian.

Sebelum ini, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, dia yang merupakan bekas pereka sambilan didakwa menggunakan akaun Twitter @sopert99 secara berulang mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, di akaun Twitter @ShaFoShizzle.

Ia kemudian telah dibaca di sebuah rumah di Shah Alam, di mana tertuduh sepatutnya tahu bahawa gangguan tersebut boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa dan antara gangguan itu adalah melibatkan luahan perasaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 507 (1) Kanun Keseksaan

Susulan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara 15 Julai 2023 hingga 21 Julai 2023 dan didakwa mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 507A (3) Akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Pihak pendakwaan tidak tawar jaminan kerana tertuduh langgar syarat jaminan polis UK

Selain memohon tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia, Zilfinaz turut memaklumkan pihak pendakwaan juga tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh mempunyai kes melanggar syarat jaminan polis semasa di UK.

“Dia (tertuduh) telah ditangkap negara itu pada 4 April lalu dan diberi jaminan polis, yang mana dia sepatutnya hadir ke mahkamah di sana pada 2 Jun lalu. Bagaimanapun, tertuduh telah melanggar jaminan yang diberi dan melarikan diri ke Malaysia, sekali gus menyebabkan dia disenarai hitam oleh polis UK.”

Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas

Mendengar penjelasan itu, peguam Fithril Hakim Ab. Jalil kemudiannya tidak membantah dengan cadangan yang dikemukan itu

Mahkamah tetap 7 September tarikh sebutan semula kes dan laporan psikiatari

Selepas mendengar hujahan dan makluman kedua-dua belah pihak, mahkamah menetapkan 7 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes selain laporan psikiatari tertuduh.

Terdahulu, negara dikejutkan dengan pendedahan seorang jurufoto wanita yang diganggu oleh seorang lelaki tidak dikenalinya sejak lapan tahun lalu.

Lebih menakutkan, lelaki terbabit sanggup mengikuti wanita itu sehingga ke United Kingdom (UK).

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.