fbpx
Now Reading
Lelaki Selamba Call Wanita Jam 3 Pagi, Dakwa Mimpi Sarung Cincin Siap Nampak Depan Mata Selepas Solat Istikarah

Lelaki Selamba Call Wanita Jam 3 Pagi, Dakwa Mimpi Sarung Cincin Siap Nampak Depan Mata Selepas Solat Istikarah

Difahamkan, lelaki misteri itu mendapat nombor telefon gadis terbabit daripada ‘banner’ yang diletakkan di kedai milik wanita itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Diganggu seseorang yang tidak dikenali bukanlah sesuatu perkara yang baru berlaku di Malaysia. Bahkan sehingga hari ini masih lagi terjadi.

Perkara sebegini jika diambil mudah tanpa sebarang tindakan susulan pastinya mampu memberi kesan yang lebih buruk lagi kepada mangsa yang diganggu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Diganggu ‘Stalker’ Sudah 8 Tahun, Jurufoto Wanita Buat Laporan Polis Kali Ketiga

Wanita dihubungi lelaki misteri pukul 3 pagi selama 2 hari berturut-turut

Baru-baru ini, seorang gadis meluahkan perasaan geramnya kerana telah diganggu oleh seorang lelaki misteri yang menghubunginya pada sekitar jam 3 pagi selama dua hari berturut-turut.

Menerusi ciapan di laman Twitter (X) akaun @Deerdalinghh, wanita itu akhirnya bertindak menghantar mesej kepada nombor terbabit untuk mendapatkan kepastian.

“Stranger (orang asing) mana entah dua hari berturut-turut hubungi 2, 3 pagi. Geram sangat, saya mesej tanya siapa,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lelaki misteri dakwa konon 3 hari mimpi sarung cincin di jari

Jawab lelaki misteri itu, dia bertindak menghubungi gadis berkenaan kerana mendakwa kononnya telah mendapat mimpi menyarung cincin di jari wanita itu selama tiga hari berturut-turut.

“Saya mimpi saya sarung cincin dekat tangan awak, saya pun terkejut. Tiga hari saya mimpi benda yang sama awak,” kata lelaki misteri itu.

Jelas lelaki misteri itu lagi, selepas mendapat mimpi tersebut dia segera melakukan solat istikharah untuk mencari jawapan daripada mimpinya itu.

Nampak wanita terbabit di depan mata selepas solat istikharah

Lebih mengejutkan apabila individu tidak dikenali berkenaan mendakwa telah melihat wanita terbabit di depan matanya selepas selesai menunaikan solat sunat itu.

Difahamkan, lelaki misteri itu mendapat nombor telefon gadis terbabit daripada ‘banner’ yang diletakkan di kedai wanita itu.

Malah lelaki yang tidak dikenali itu turut mengatakan hatinya akan menjadi berdebar setiap kali melihat gadis terbabit.

Isu sebegini meskipun kelihatan sesuatu yang remeh, namun ia mampu memberi kesan buruk jika tidak diambil serius apatah lagi jika panggilan itu dilakukan berulang-kali.

Sekirannya anda menerima gangguan daripada seseorang yang tidak dikenali daripada media sosial mahupun telefon bimbit, segera laporkan kepada pihak polis tentang perkara itu terutamanya yang melibatkan gangguan seksual.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.