fbpx
Now Reading
Lelaki Australia Kencing Di Tiang Pusat Beli-Belah Didenda RM100

Lelaki Australia Kencing Di Tiang Pusat Beli-Belah Didenda RM100

Terdahulu, suspek yang berusia 32 tahun ditahan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Subang Jaya pada Selasa (21 November).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, kecoh di media sosial video yang memaparkan kelakuan tidak senonoh seorang lelaki warga asing yang bertindak membuang air kecil pada tiang kawasan parkir di sebuah pasar raya yang terletak di Subang Jaya.

Perbuatan lelaki itu nyata mengundang kemarahan dan kecaman warganet kerana dilihat seolah-olah tidak mempunyai adab dan disifatkan sebagai tidak senonoh.

Namun, tindakannya itu nyata mengundang padah apabila dia ditangkap oleh pihak polis kira-kira jam 11.15 pagi semalam (21 November) dan polis mengesahkan dia sebenarnya seorang warganegara Australia.

Lelaki Warga Australia Didenda RM100

Terbaharu, Mahkamah Majistret Shah Alam pada hari ini (22 November) menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM100 kepada lelaki warganegara Australia itu.

Tertuduh yang dikenali sebagai Chih Peter didenda selepas mengaku bersalah membuang air kecil pada tiang kawasan parkir sebuah pusat beli belah di Subang Jaya pada 16 November lalu.

Dia membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki yang berusia 32 tahun itu didakwa berkelakuan tidak sopan dengan membuang air kecil di tempat awam pada jam 10.51 malam.

Peter yang hadir ke Malaysia pada 13 November bagi tujuan melawat keluarganya dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM100.

Tertuduh Terdesak & Tidak Tahan Untuk Ke Tandas

Menurut peguam yang mewakili tertuduh R Morhaneraj, ketika kejadian, anak guamnya terdesak untuk membuang air kecil di kawasan parkir dan tidak dapat tahan untuk ke tandas.

“Bagaimanapun, anak guam saya tidak menyedari kejadian itu dirakam. Bagaimanapun tertuduh sudah mendapat pengajaran dan tidak akan mengulangi perkara itu di masa akan datang,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran bagaimanapun memohon mahkamah agar menjatuhkan hukuman maksimum kerana tertuduh perlu menjaga adab ketika berada di negara orang.

Mahkamah kemudiannya mengenakan denda sebanyak RM100 terhadap tertuduh dan penjara sehari sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Walau bagaimanapun, dia bersetuju untuk membayar denda itu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya menerusi satu kenyataan mendedahkan polis sedang berusaha mengesan suspek yang berkelakuan aib di kawasan parkir pusat membeli-belah di Subang Jaya. Namun, dia akhirnya ditahan semalam kira-kira jam 11.15 pagi.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.