fbpx
Now Reading
Tiada Satu Menteri Terlibat Dengan Rasuah Sejak Kerajaan Perpaduan Ditubuhkan – Anwar [Video]

Tiada Satu Menteri Terlibat Dengan Rasuah Sejak Kerajaan Perpaduan Ditubuhkan – Anwar [Video]

Perkara itu disahkan PM selepas membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa antaranya seperti SPRM, LHDN, PDRM dan Bank Negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Esok (12 Ogos) merupakan hari penentuan pemilihan kerajaan pentadbiran bagi enam negeri di Malaysia iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Ini bermaksud pengundi dari keenam negeri tersebut akan menjalankan tanggungjawab memilih pemimpin ketika hari pengundian nanti.

Dalam tempoh berbaki beberapa jam sahaja lagi, sudah pastinya gabungan parti dan wakil melakukan pecutan terakhir untuk berkempen bagi meraih undian dan keyakinan daripada pengundi.

Tiada Seorang Menteri Terlibat Rasuah Sejak Kerajaan Perpaduan Ditubuhkan

Semalam (10 Ogos), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meyakinkan pengundi-pengundi di Selangor bahawa tiada seorang menteri kabinet yang terlibat dengan rasuah sejak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan lapan bulan yang lalu.

Beliau berkata demikian ketika berucap sewaktu program Grand Finale Kita Selangor yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) AU2.

Menurut Anwar, perkara itu disahkan selepas beliau membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa antaranya seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Bank Negara.

“Lapan bulan dalam kerajaan, tiada seorang pun menteri disabitkan dengan kesalahan rasuah. Saya serius kerana (saya periksa dengan semua pihak berkuasa).

“Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof tahu. Wakil Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pun tahu,” kata beliau.

Akan Pecat Menteri Yang Terlibat Dengan Rasuah

Tambah beliau lagi, sekiranya mana-mana menteri di bawah pentadbirannya terlibat dengan rasuh, beliau tidak akan teragak-agak untuk memecat menteri berkenaan.

“Kalau ada kes tak payah runding dan kita akan pecat serta merta.

“Ini berbeza dengan Perikatan Nasional (PN). Ada kes mahkamah jadi calon Perdana Menteri dan pemimpin hina raja masih disanjung,” ujar beliau.

Baca Artikel Berkaitan: 47 Kes Tuduhan Rasuah Zahid: Ketua Pasukan Pendakwaan Digugurkan

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Kompromi Dalam Rasuah Atau Kes Pecah Amanah, Kata Zahid Hamidi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.