fbpx
Now Reading
Tiada Kompromi Dalam Rasuah Atau Kes Pecah Amanah, Kata Zahid Hamidi

Tiada Kompromi Dalam Rasuah Atau Kes Pecah Amanah, Kata Zahid Hamidi

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini terlibat dengan 47 tuduhan rasuah melibatkan dana Yayasan Akal Budi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan akan mengambil tindakan kepada mana-mana pegawai atau kakitangan kementerian itu sekiranya didapati terlibat dengan kes pecah amanah dan rasuah.

Beliau berkata, tiada kompromi dari pihaknya sebagai Menteri KKDW dan Timbalan Menteri dalam soal integriti yang melibatkan rasuah, penyelewengan dan pecah amanah.

Pada masa yang sama, beliau mengingatkan semua pihak termasuk dirinya agar tidak hanyut dan leka dengan pujian namun perlu melakukan penambahbaikan dalam perkhidmatan.

“Justeru saya seru diri sendiri dan semua jangan pernah berpuas hati atau tersanjung dek pujian tetapi mesti melakukan penambaikan di kementerian ini,” katanya.

Kes Pecah Amanah KESEDAR Jadikan Iktibar

Terdahulu, seorang Penolong Akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) ditahan kerana terlibat dengan kes pecah amanah RM24.8 juta sejak lapan tahun lalu.

Susulan daripada kes ini, Zahid turut menyeru kepada pegawai-pegawai khususnya pegawai di Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) agar menjadikan kes ini sebagai iktibar dan tidak merosakkan prestasi cemerlang kementerian.

Untuk info, Zahid sedang dalam perbicaraan berhubung 47 tuduhan rasuah ke atasnya yang membabitkan dana Yayasan Akal Budi.

Sebelum ini, Zahid telah mengemukakan permohonan agar tuduhan rasuah ke atasnya yang melibatkan Yayasan Akal Budi digugurkan.

Beliau telah mengemukakan dokumen representasi yang mengandungi 200 lebih muka surat dan bukti baharu bagi meyokong pengguguran pertuduhan itu kepada Peguam Negara pada bulan lalu.

Perbicaraan semula berhubung kes ini ditetapkan pada 1 Ogos depan.

Baca Artikel Berkaitan: Zahid Hamidi Mohon Gugurkan 47 Pertuduhan Rasuah, Pecah Amanah & Gubah Wang Haram Babitkan Yayasan Akalbudi

Baca Artikel Berkaitan: Mahkamah Rayuan Kembalikan Pasport Zahid Hamidi Secara Kekal

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.