fbpx
Now Reading
“Masih Ramai Yang Berintegriti”-Anggota Polis Rakam Tindakan Pemandu Cuba Suap ‘Duit’ [Video]

“Masih Ramai Yang Berintegriti”-Anggota Polis Rakam Tindakan Pemandu Cuba Suap ‘Duit’ [Video]

Menerusi video tersebut, polis berkenaan menunjukkan kenderaan Volkswagen berwarna kuning cuba memberi sogokan kepadanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perbuatan rasuah adalah suatu perkara yang tidak bertanggungjawab dan salah di sisi undang-undang.

Mana-mana pihak yang terlibat boleh didakwa dan dikenakan tindakan.

Namun sehingga kini masih ada lagi individu yang berdegil dan tidak mempunyai integriti apabila tetap memberi dan menerima sogokan dalam pelbagai cara seperti memberikan wang, hadiah dan banyak lagi.

Pemandu Beetle cuba beri duit pada polis

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan satu pasangan yang cuba memberi wang kepada anggota polis.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah kenderaan jenis Volkswagen Beetle berwarna kuning yang dipandu oleh seorang lelaki telah berhenti di bahu jalan selepas ditahan oleh pihak berkuasa.

Namun sebaik anggota polis terbabit menghampiri kenderaan itu, pemandu berkenaan dilihat memegang kertas dipercayai wang.

Mungkin menyedari perkara tersebut, anggota polis lantas menjerkah dan merakam tindakan tersebut.

“Haa ni nak bagi duit ni,” ujar anggota berkenaan sambil menunjukkan kenderaan yang dipandu oleh lelaki tersebut.

Hanya berdiam diri apabila ditegur

Sebaik sedar dirinya dirakam, lelaki itu lantas mengalihkan wang berkenaan dan tersipu-sipu tanpa berkata apa-apa apabila ditegur oleh polis terbabit.

Melihat di ruangan balas ramai yang meminta agar polis berkenaan menahan individu tersebut kerana cuba memberi rasuah.

Ada juga yang memuji tindakan polis tersebut kerana masih mempunyai integriti.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat lanjut bilakah dan di mana rakaman itu dilakukan.

“Masih ada yang berintegriti. Yang kotor kita kena bersihkan”

“Hah apa lagi tangkaplah! Kali ini charge orang awam pula”

“Salute abang polis ni. Polis macam ni yang kita nak”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.