fbpx
Now Reading
47 Kes Tuduhan Rasuah Zahid: Ketua Pasukan Pendakwaan Digugurkan

47 Kes Tuduhan Rasuah Zahid: Ketua Pasukan Pendakwaan Digugurkan

Menurut media yang memetik sumber, Raja Rozela tidak lagi bersama pasukan pendakwaan namun tidak memberi alasan di sebalik tindakan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Raja Rozela Raja Toran yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah dihadapi Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kini tidak lagi mengendalikan kes berkenaan.

Sebelum ini, NST melaporkan bahawa perbicaraan mengenai kes rasuah berkenaan yang bersambung minggu lalu diteruskan tanpa kehadiran Timbalan Pendakwa Raya itu.

NST sahkan Raja Rozela dikeluarkan daripada kendali kes tuduhan rasuah Ahmad Zahid

NST kemudiannya mengesahkan bahawa Raja Rozela telah dikeluarkan daripada mengendalikan kes tersebut.

Menurut media yang memetik sumber, beliau tidak lagi bersama pasukan pendakwaan namun tidak memberi alasan di sebalik tindakan itu.

Tidak hanya itu, cubaan untuk mendapatkan maklum balas daripada Peguam Negara Tan Sri Idrus Harus dan seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar yang terlibat dalam perbicaraan kes berkenaan juga gagal.

Raja Rozela enggan beri komen berhubung isu berkenaan

Sementara itu, Raja Rozela yang dihubungi NST enggan memberi sebarang komen berhubung isu berkenaan.

“Saya adalah penjawat awam…Saya tidak dibenarkan untuk memberi komen. Minta maaf,” katanya dipetik Berita Harian hari ini (8 Ogos).

Terdahulu, Raja Rozela mengetuai pendakwaan di mana Ahmad Zahid berdepan 47 pertuduhan yang melibatkan 12 tuduhan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 tuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zahid didakwa guna dana yayasan untuk bayar kad kredit peribadi

Bagi pertuduhan pecah amanah, Presiden UMNO itu didakwa menggunakan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat pembayaran bagi penggunaan kad kredit peribadinya, polisi insurans dan lesen kenderaan peribadinya serta memindahkan wang ke firma guaman selain membuat sumbangan kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia.

Bagi pertuduhan itu, beliau dibicarakan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang mmembawa hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid ketika membela diri pada 22 Mei 2022 memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa baki dalam akaun peribadinya lebih daripada mencukupi untuk membayar kad kredit miliknya tanpa menggunakan dana yayasan berkenaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.