fbpx
Now Reading
Tindakan Ramasamy Keluar DAP Tidak Jejaskan Hari Pengundian Esok – Sivakumar

Tindakan Ramasamy Keluar DAP Tidak Jejaskan Hari Pengundian Esok – Sivakumar

Bagi Menteri Sumber Manusia itu, sebagai sebuah negara yang demokrasi, setiap individu mempunyai hak dalam menentukan pilihan mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (10 Ogos), bekas Timbalan Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy membuat pengumuman yang nyata mengejutkan semua pihak.

Beliau dilaporkan telah melepaskan kesemua jawatan dalam Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan keluar daripada parti itu.

Keputusan itu diambil setelah beliau melihat faktor pimpinan DAP pusat terlalu bergantung kepada ‘maharaja’ yang menjadi punca krisis parti itu di Pulau Pinang.

Susulan daripada ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, menganggap tindakan Ramasamy boleh menjejaskan parti berkenaan terutamanya kepada bilangan undi masyarakat India.

Sivakumar Anggap Ramasamy Keluar Parti Tidak Jejas Pengundian

Namun, berlainan pula dengan pandangan daripada Timbalan Setiausaha Agung DAP, V Sivakumar. Menurut beliau, tindakan Ramasamy keluar daripada parti tidak akan menjejaskan undi pada hari Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Bagi beliau, sebagai sebuah negara yang demokrasi, setiap individu mempunyai hak dalam menentukan pilihan mereka.

Ini juga dapat dilihat seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan di mana setiap orang di negara ini mempunyai hak antaranya hak berpersatuan.

“Ini bermaksud kita mempunyai hak untuk menyertai mana-mana parti politik ataupun tidak menyertai mana-mana parti politik, pertubuhan atau sebaliknya.

“Jadi keputusan yang dibuat oleh beliau adalah keputusannya sendiri dan saya tak nampak bahawa ini akan memberi apa-apa kesan atau impak politik pada pengundian esok,” katanya.

Untuk info, Ramasamy dikatakan telah menghantar surat berhubung peletakan jawatan dan keluar daripada parti kepada Setiausaha Agong (DAP), Anthony Loke dan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow kira-kira jam 8.25 pagi semalam (10 Ogos).

Selain Ramasamy, Naib Pengerusi DAP Pahang D Kamache, Naib Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) K Jason Raj dan Ahli DAP Cawangan Taman Inderawasih K Krishnasamy turut mengumumkan keluar daripada parti itu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.