fbpx
Now Reading
PRN: Proses Pengundian Paya Terubong Dihentikan Gara-Gara Peti Undi Tidak Berkunci

PRN: Proses Pengundian Paya Terubong Dihentikan Gara-Gara Peti Undi Tidak Berkunci

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Relau, Paya Terubong Pulau Pinang dan kes sedang disiasat oleh pegawai SPR.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui hari ini (12 Ogos) merupakan hari Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 bagi enam negeri iaitu Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang.

Sehingga tengahari tadi, proses undian di kesemua tempat mengundi dilihat berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang isu yang berbangkit.

Peti Undi Tidak Bertutup, Proses Undian Di Sebuah Pusat Mengundi Di Pulau Pinang Terpaksa Dihentikan

Terbaharu, proses undian di sebuah saluran pusat pengundian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong Georgetown, Pulau Pinang terpaksa dihentikan serta merta.

Ini berikutan terdapat peti undi yang didapati tidak berkunci atau dimeterai dengan baik.

Kejadian berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seri Relau, Paya Terubong Pulau Pinang dan perkara tersebut disedari oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi DUN terbabit iaitu Andrew Ooi Ghee Oon.

Calon PN, Ooi Ghee Oon sewaktu melihat kotak undi tersebut. Foto: Sin Chew Daily

Terdapat 177 Kertas Undi, Minta SPR Tangguhkan Proses Pengundian

Memetik Sin Chew Daily, terdapat 177 kertas undi dilaporkan telah masuk ke dalam peti undian tersebut.

Sehubungan itu, Ooi dikatakan tidak akan mengiktiraf undian yang telah dibuang ke dalam peti undi berkenaan yang disifatkannya sebagai undi yang tidak sah.

Malah, beliau turut meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghentikan proses undi di saluran tersebut yang mempunyai 719 pengundi secara serta-merta.

Peti undi di Paya Terubong yang dikesan tidak berkunci oleh Ooi. Foto: Sin Chew Daily

Difahamkan, ketika kejadian, penutup peti undi ditinggalkan di atas meja bersebelahan kotak undi tersebut.

Kes sedang disiasat oleh pegawai SPR dan status 177 kertas undi masih belum diketahui sama ada dibatalkan atau tidak.

[Kemaskini] Pengundian kembali diteruskan

Terbaharu proses pengundian di saluran itu sudah pun dilangsungkan semula. Perkara itu dimaklumkan calon Pakatan Harapan bagi DUN itu iaitu Wong Hon Wai.

Jelasnya ia kembali diteruskan pada jam 1.56 petang tadi, lapor The Star.

Namun setakat ini tiada maklumat mengenai status kertas undi itu sama ada akan dibatalkan atau tidak.

Baca Artikel Berkaitan: PRN: 100,000 Peluang Pekerjaan Bergaji Tinggi Antara Tawaran PH-BN Kepada Rakyat Selangor

Baca Artikel Berkaitan: PRN: Ini Antara Manifesto Perikatan Nasional Untuk Rakyat Selangor

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.