fbpx

JAKIM Ambil Tindakan Terhadap Pegawai Yang Sertai Aktiviti Politik

Meskipun pihak JAKIM tidak menyatakan dengan terperinci berhubung isu tular tersebut, namun di media sosial ketika ini hangat diperkatakan mengenai tangkap layar posting Facebook oleh seorang pegawai jabatan agama yang mengeluarkan kenyataan mengenai ‘parang sembelihan’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengingatkan semua kakitangan di jabatan itu agar tidak menyertrai mana-mana aktiviti parti politik.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff menasihati semua warga kerja di jabatan itu agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan integriti dan imej perkhidmatan awam.

Tular pegawai JAKIM sertai aktiviti politik

Menurutnya, kenyataan itu dikeluarkan susulan isu tular di media sosial dan aduan yang melibatkan penyertaan seorang pegawai JAKIM dalam aktiviti politik.

“Jabatan ini mengambil serius laporan terhadap isu tersebut dan saya telah mengarahkan Jawatankuasa Tatatertib JAKIM untuk bertindak segera berpandukan kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993.”

Menurutnya lagi, JAKIM juga tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tatatertib terhadap pegawai yang didapati melanggar sebarang peraturan yang telah ditetapkan.

Isu tangkap layar hantaran ‘parang sembelihan’ pada 2019

Meskipun pihak JAKIM tidak menyatakan dengan terperinci berhubung isu tular tersebut, namun di media sosial ketika ini hangat diperkatakan mengenai tangkap layar posting Facebook oleh seorang pegawai jabatan agama yang mengeluarkan kenyataan mengenai ‘parang sembelihan’.

Namun, meskipun tangkap layar tersebut tertera perkataan ‘yesterday’ (semalam) isu tersebut sebenarnya sudahpun dilaporkan berlaku pada 2019 dahulu.

Bagaimanapun, ia dibangkitkan semula segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

Isu lama dibangkitkan semula, pegawai JAKIM terbabit buat laporan polis – PU Syed

Menerusi satu hantaran di laman Facebook Pencetus Ummah (PU) Syed, pegawai terbabit difahamkan telah membuat laporan polis semalam (16 Ogos) berhubung isu yang dibangkitkan semula itu.

Pegawai terbabit turut mendakwa bahawa hantaran tular berkenaan bukanlah dibuat oleh dirinya, sebaliknya akaun Facebook itu telah digodam oleh pihak yang ingin memburukan namanya.

Di dalam laporan yang dikongsikan, pegawai kerajaan tersebut memaklumkan isu itu telah disiasat pihak polis dan didapati ‘Non Futher Action’ (NFA).

Sebagai info, seorang pegawai agama telah ditahan pada 2019 berhubung hantaran ‘perang sembelihan’ tersebut, lapor FMT.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.