fbpx

Tiada Lesen & Permit Sah Punca DBKL Arah Kedai Kunafa Viral Di Bukit Bintang Tutup [Video]

Pihak DBKL juga mengeluarkan satu notis kompaun di bawah UUK3 (1) UUK Pelesenan-Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, kawasan Bukit Bintang yang terletak di Ibu Kota Kuala Lumpur sememangnya terkenal dengan kepelbagaian makanan terutamanya dari timur tengah seperti Khunafa, manisan-manisan arab, fries viral dan banyak lagi.

Seperti baru-baru ini, tular di media beberapa video yang memaparkan sebuah gerai makanan manisan Arab yang terletak di tengah Bukit Bintang berhadapan dengan Lot 10 dan lintasan penjalan kaki (zebra crossing line).

Kedai Arab viral tiada lesen dan permit sah

Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melakukan pemantauan di sekitar kawasan tersebut mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen yang sah.

Tidak hanya itu, kedai makanan viral itu juga dikendalikan oleh warga asing tanpa permit yang sah.

“Hasil daripada pemantauan yang telah dijalankan mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen yang sah daripada DBKL untuk sebarang aktiviti menjaja. Premis tersebut hanya mempunyai Lesen Hiburan Semasa (Promosi Luar Bangunan).

“Susulan daripada hasil pemantauan tersebut, sebuah operasi penguatkuasaan telah dijalankan pada 19 Ogos 2023 (Sabtu) di premis terbabit.”

DBKL beri notis kompaun dan arah tutup serta-merta

Sehubungan dengan itu, pihak DBKL dalam operasi yang dijalankan telah mengeluarkan notis kompaun di bawah UUK3 (1) UUK Pelesenan-Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 kerana menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah dari pihak mereka.

Premis tersebut turut diambil tindakan tutup serta-merta (SEALED) di bawah Seksyen 101(1)(V), Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Tular kedai makanan manisan Arab dipenuhi pengunjung di Bukit Bintang

Terdahulu, tular di laman Twitter (X) dan TikTok video puluhan pengunjung di Bukit Bintang yang berkumpul di hadapan kedai makanan manisan Arab itu.

Tidak hanya itu, beberapa video wanita bertudung berjoget sakan dipercayai demi mendapatkan makanan manisan arab secara percuma turut tular sekaligus meraih perhatian ramai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.