fbpx
Now Reading
Padah Brek Mengejut Hingga Sebabkan Penunggang Motosikal Jatuh, Pemandu Kena Jel 2 Hari & Denda RM6,000 [Video]

Padah Brek Mengejut Hingga Sebabkan Penunggang Motosikal Jatuh, Pemandu Kena Jel 2 Hari & Denda RM6,000 [Video]

Menerusi video yang tular sebelum ini, kelihatan kenderaan jenis Lexus itu telah bertindak membrek kereta secara tiba-tiba sehingga menyebabkan penunggang motosikal jatuh di atas jalan raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular satu rakaman dashcam di media sosial yang memaparkan sebuah kereta memandu secara berbahaya hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terjatuh yang berlaku pada 20 Ogos lalu.

Menerusi video tersebut, pada awalnya kelihatan kenderaan jenis Lexus itu berada di bahagian lorong kiri manakala motosikal tersebut di sebelah kanannya.

Dalam video sama, kelihatan berlaku interaksi antara kedua-dua pihak namun tiada butiran lanjut berhubung perkara itu.

Pemandu itu kemudian secara tiba-tiba menukar laluan ke bahagian tengah dan bertindak membrek kenderaannya serta merta (brake check) sehingga menyebabkan penunggang motosikal di bahagian belakang gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh dan terjatuh di atas jalan raya.

Kenderaan itu dilihat hanya berjalan terus dan tidak memberhentikan kenderaannya meskipun telah menyebabkan penunggang berkenaan terjatuh.

Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis kemudian menyiasat perkara itu.

Pemandu dikenakan hukuman penjara dua hari dan denda RM6,000

Terbaharu, pemandu berkenaan telah dijatuhi hukuman penjara selama dua hari bermula Rabu (2 Ogos) serta denda berjumlah RM6,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Majistret Fatin Dayana Jalil yang menjatuhkan hukuman sebaik sahaja pemandu yang dikenali sebagai Lim Ching Hong mengaku bersalah bagi pertuduhan yang dibacakan terhadapnya menggunakan Bahasa Mandarin, lapor Kosmo.

Mahkamah perintah lesen memandu ditarik dan digantung lima tahun

Selain dihukum penjara dan denda mahkamah turut memerintahkan agar lesen memandu lelaki berusia 26 tahun itu digantung bagi tempoh lima tahun.

Namun jika tertuduh tidak membayar denda yang diperintahkan mahkamah, penjara selama tiga bulan boleh dikenakan terhadap Ching Hong.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah memandu dalam keadaan yang membahayakan pengguna jalan raya lain di Jalan Syed Putra pada jam 9.19 pagi, 20 Ogos lepas.

Ekoran kejadian itu, pertuduhan dikemukan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda yang boleh sampai RM15,000 serta hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dan lesen memandu percubaan dibatalkan serta kesalahan akan diendors pada lesen memandu.

Merayu dikenakan hukuman ringan dan menyesal dengan perbuatannya

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd. Nor Hafiz Mohd. Wazir sebelum ini telah membuat permohonan pihak mahkamah untuk megenakan hukuman denda maksimum kepada tertuduh selepas membil kira pemanduannya yang mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Tertuduh yang diwakili oleh peguamnya bagaimanapun menyesal dengan tindakan yang dilakukan dan tidak akan mengulanginya selain merayu agar dikenakan hukuman ringan disebabkan menanggung keluarga.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.