fbpx
Now Reading
JAWI Siasat Isu Baca Doa Bersama Ritual Agama Lain Sewaktu Majlis Pecah Tanah Anjuran Parti Politik

JAWI Siasat Isu Baca Doa Bersama Ritual Agama Lain Sewaktu Majlis Pecah Tanah Anjuran Parti Politik

Meskipun tidak menyebut sebarang majlis khusus, program yang dimaksudkan dipercayai merujuk pada program Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu MIC yang berlangsung pada Isnin, 21 Ogos lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sedang menjalankan siasatan berhubung isu bacaan doa oleh orang Islam dalam satu program keagamaan orang bukan Islam baru-baru ini.

JAWI dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai isu tersebut yang berlaku di sebuah majlis ‘Pecah Tanah’.

Kenyataan dipercayai merujuk kepada Majlis Pecah Tanah anjuran MIC

Meskipun tidak menyebut sebarang majlis khusus, program yang dimaksudkan dipercayai meerujuk pada program Pecah Tanah Ibu Pejabat Baharu Malaysian Indian Congress (MIC) yang berlangsung pada Isnin, 21 Ogos lalu.

“Justeru siasatan lanjut akan dilakukan bagi memastikan amalan itu tidak mengandungi unsur-unsur yang menyalahi pandangan hukum atau fatwa berkaitan yang sedang berkuat kuasa.

“Sebarang kesalahan yang berhubungan dengan akidah boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman mengikut Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,” katanya.

Menurut JAWI lagi, keharmonian dan toleransi antara agama adalah perkara yang disarankan oleh ajaran Islam lebih-lebih lagi dalam situasi negara yang berbilang kaum.

“Namun semua pihak dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama bagi memastikan tindakan yang dilaksanakan mengikut lunas hukum syarak yang sudah ditentukan,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial video memperlihatkan seorang lelaki membaca surah al-Fatihah diikuti bacaan doa di majlis anjuran MIC itu.

Namun apa yang mencetuskan persoalan orang ramai adalah bacaan doa tersebut dilangsungkan di hadapan sekumpulan individu yang sedang mengadakan ritual agama Hindu.

Dalam satu lagi video, terdapat juga hadirin beragama Islam yang turut menadah tangan mengaminkan doa berkenaan.

Majlis tersebut turut dihadiri Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, dan Timbalan Presiden MIC, Datuk M Saravanan dan ramai ahli politik dari parti itu.

Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon kemudiannya turut dilihat berada di majlis tersebut.

Namun Zahid yang juga Presiden Barisan Nasional (BN) hanya tiba di sana selepas ritual tersebut selesai dan berangkat pulang sebaik Saravanan memberikan ucapan.

Sebagai info MIC sebuah parti untuk rakyat Malaysia yang berbangsa India. Namun ahlinya juga terdiri dari pelbagai agama termasuk Hindu dan Islam.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.