fbpx
Now Reading
Pergi Lepas Ibu Bisik Halalkan Air Susu, Jenazah Arwah Hattem Diiringi Ribuan Orang [Video]

Pergi Lepas Ibu Bisik Halalkan Air Susu, Jenazah Arwah Hattem Diiringi Ribuan Orang [Video]

Menurut Ibu arwah, dia hanya mengetahui keadaan Hattem parah selepas adiknya menghantar beberapa keping gambar menunjukkan keadaan anaknya yang berlumuran darah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ibu kepada pelumba Drag Bike International ET Record Championship 2023 Road Tour 2023, Muhammad Hattem Rashid iaitu Muniroh Ahmad, 58, berkata dia tidak pernah melepaskan peluang menonton setiap perlumbaan yang disertai anaknya yang disiarkan secara langsung di media sosial.

Bagaimanapun, dia berasa tidak sedap hati selepas melihat anaknya yang berumur 22 tahun itu terjatuh semasa perlumbaan terbabit.

 “Makcik tak pernah lepas peluang menonton setiap perlumbaan disertai Hattem yang disiar secara langsung di aplikasi Tik Tok tapi pada malam kejadian, makcik tak sedap hati apabila ternampak arwah terjatuh.

“Masa tu makcik sangka dia hanya kemalangan biasa, tetapi secara tiba-tiba siaran langsung itu ditamatkan,” katanya dipetik Harian Metro.

Ibu hanya tahu keadaan anaknya kritikal selepas melihat gambar kemalangan

Menurutnya, dia hanya mengetahui keadaan Hattem parah selepas adiknya yang juga bapa saudara arwah yang berada di tempat kejadian menghantar beberapa keping gambar menunjukkan keadaan anaknya yang berlumuran darah.

Ujar Muniroh, susulan itu dia dan ahli keluarga yang lain bergegas ke Pahang awal pagi kelmarin (4 September) untuk melihat keadaan Hattem di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

“Ketika itu, keadaan Hattem kritikal namun dia sempat menggerakkan jari tangan kanannya serta mengalirkan air mata sewaktu saya dan bapanya, Rashdi Othman, 65, membacakan Yasin di sisi arwah.

“Saya sempat bisik di telinga arwah… Mama halalkan air susu mama….Mama ampunkan semua dosa dan sayangkan adik…. Tunggu mama di syurga ya.

“Selepas itu, arwah tidak memberi tindak balas dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas itu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, jenazah anak bongsu dari lima beradik itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Lalang, Alor Janggus, Alor Setar pada jam 12 tengah hari semalam (5 September).

Ramai orang iring jenazah Allahyarham Hattem ke tanah perkuburan

Sementara itu, menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @mrckamz, kelihatan ramai ahli keluarga, kenalan dan pengikut arwah di media sosial yang datang mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan.

“Ya Allah bertuahnya kamu (Hattem), ramai sayang kat hang (kau). Semoga aman di sana,” tulisnya di kapsyen.

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang mengenali Allahyarham Hattem menyifatkan arwah sebagai seorang yang sentiasa menjaga hubungannya dengan ibu bapa, ahli keluarga dan orang di sekeliling.

Tidak hanya itu, mereka turut mendoakan agar urusan Allahyarham Hattem dipermudahkan dan tenang di alam sana.

Kami di BuzzKini turut berduka dengan berita pemergian Allahyarham Hattem, salam takziah kami ucapakan buat seluruh ahli keluarga arwah.

Bertarung nyawa 12 jam selepas terlibat kemalangan pada hari pertama perlumbaan

Terdahulu, Allahyarham Hattem terlibat kemalangan pada hari pertama perlumbaan pada 1 pagi Ahad lalu (3 September) di Pekan, Pahang selepas motosikal yang ditungganginya terbabas.

Selepas kemalangan itu, dia dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selepas keadaannya dilihat semakin kritikal.

Arwah kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang (4 Ogos) selepas 12 jam bertarung nyawa.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.