fbpx
Now Reading
Kes Bunuh 23 Penghuni Tahfiz Ittifaqiyah: Pemuda 22 Tahun Kekal Dipenjara, 1 Lagi Bebas

Kes Bunuh 23 Penghuni Tahfiz Ittifaqiyah: Pemuda 22 Tahun Kekal Dipenjara, 1 Lagi Bebas

Menurut panel hakim Che Mohd. Ruzima, pendakwaan berjaya membuktikan empat elemen dalam pendakwaan yang membawa kepada perbuatan pemuda itu membunuh 23 penghuni pusat tahfiz.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/news/2020/08/17/bakar-tahfiz-remaja-dipenjara-hingga-dapat-pengampunan-agong/

Enam tahun lalu, negara digemparkan dengan tragedi menyayat hati apabila seramai 23 penghuni pusat  tahfiz maut dalam kebakaran yang dirancang di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

Hasil siasatan pihak polis membawa kepada penahaan dua orang remaja masing-masing berusia 16 tahun (pada waktu itu) yang didakwa membunuh 21 orang pelajar dan dua guru di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Bakar Tahfiz : Remaja Dipenjara Hingga Dapat Pengampunan Agong

Mahkamah kekalkan hukuman penjara pada pemuda berusia 22 tahun

Hari ini (11 September), Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) terhadap seorang pemuda berusia 22 tahun yang didakwa atas 23 pertuduhan membunuh seramai 23 penghuni pusat tahfiz berkenaan.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Datuk Abu Bakar Jais yang memutuskan demikian selepas menolak rayuan pemuda lelaki itu selaku perayu penama pertama untuk bebas daripada pertuduhan tersebut.

Selain Hakim Abu Bakar, dua lagi panel hakim yang turut bersidang ialah Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun.

Pendakwa raya berjaya buktikan empat elemen dalam Pendakwaan

Ketika penghakiman dibacakan Che Mohd. Ruzima, beliau berkata pasukan pendakwa raya berjaya membuktikan empat elemen dalam pendakwaan yang membawa kepada perbuatan penama pertama membunuh 23 penghuni pusat tahfiz itu.

Bagaimanapun, panel-panel yang sama menolak rayuan pendakwa raya terhadap seorang lagi pemuda yang berusia 22 tahun selaku penama kedua atas pertuduhan sama.

Dalam prosiding terdahulu, penama pertama merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya atas pertuduhan membunuh manakala pihak pendakwaan pula merayu terhadap penama kedua yang dibebaskan oleh mahkamah.

Pada 11 Mei lalu, TPR How May Ling berhujah mustahil kejadian tersebut dilakukan oleh seorang individu berdasarkan penemuan dua tong gas di tingkat atas asrama pusat tahfiz itu.

Mustahil dua tong gas seberat 14Kg bagi setiap satu diangkat seorang diri

Katanya, kedua-dua tong gas seberat 14Kg (kilogram) bagi setiap satu itu tidak mungkin diangkat secara berseorangan dari tingkat bawah melalui tangga.

Hujahnya lagi, satu tong gas diletakkan secara menegak dan satu lagi melintang sebelum petrol disimbah di hadapan pintu.

Mengikut pertuduhan, kedua-duanya yang ketika kejadian berusia 16 tahun, didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz sekitar pukul 4.15 pahi hingga 6.15 pagi pada 14 September 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Pada tahun 2020, penama kedua dibebaskan dan penama pertama didapati bersalah

Terdahulu, pada 28 Januari 2020, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan untuk melepaskan dan membebaskan penama kedua tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan yang dihadapinya.

Bagaimanapun, enam bulan kemudian iaitu pada 17 Ogos mahkamah sama mendapati penama pertama bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan YDPA kerana perayu yang ketika itu berusia 16 tahun merupaka pesalah kanak-kanak.

Hal ini kerana di bawah Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang digunakan mahkamah mendapati mana-mana seksyen itu menyatakan hukuman mati tidak boleh dikenakan kepada pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan YDPA.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.