fbpx
Now Reading
“Kalau Tak Saya Mungkin Mati” – Wanita Luah Rasa Syukur Pelajar Tahfiz Bantu Ketika Diserang Lelaki Sakit Mental

“Kalau Tak Saya Mungkin Mati” – Wanita Luah Rasa Syukur Pelajar Tahfiz Bantu Ketika Diserang Lelaki Sakit Mental

Jelas wanita tersebut, dia mengalami sakit diseluruh badan selain terdapat beberapa kesan lebam, namun bersyukur kerana tidak mengalami tulang patah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular laporan seorang lelaki yang mempunyai masalah mental mati dipukul oleh sekumpulan pelajar tahfiz di Masjid Tok Guru Pulau Melaka, Kota Bharu pada Petang Ahad (29 Januari).

Kejadian itu berlaku selepas lelaki berusia 20-an itu secara tiba-tiba memukul seorang wanita yang secara kebetulan melalui kawasan perkarangan masjid tersebut.

Lelaki terbabit dipercayai sempat menunaikan solat Asar sebelum keluar dan secara tiba-tiba menendang dan menyepak wanita terbabit yang juga tukang masak di sebuah sekolah tahfiz berdekatan kawasan itu.

Wanita diserang lelaki sakit mental bersyukur dibantu pelajar tahfiz

Sementara itu, wanita yang dikenali sebagai Wan Fadhilah Wan Abdullah yang berusia 57 tahun menzahirkan rasa syukur kerana dibantu oleh beberapa pelajar tahfiz ketika dia menjadi mangsa amukan lelaki terbabit.

“Nasib baik ada yang datang membantu, jika tidak saya sendiri mungkin sudah mati kerana ditendang dan disepak bertubi-tubi oleh lelaki itu,” katanya.

Lelaki terbabit secara tiba-tiba menendangnya sehingga jatuh

Menurutnya, dia terkejut apabila didatangi lelaki terbabit yang menendangnya sehingga jatuh dari motosikal yang ditunganginya ketika ingin pulang selepas selesai memasak di kantin sebuah tahfiz berdekatan.

“Badan dan kepala saya kemudian disepak bertubi-tubi sebelum saya diselamatkan oleh anak-anak tahfiz yang berada di lokasi kejadian. Saya hanya terbaring lemah.

“Pada awalnya, saya ingatkan dia adalah salah seorang pelajar tahfiz yang sedang berlatih silat kerana dia dilihat melakukan beberapa pergerakan seolah-olah seni mempertahankan diri.

“Semasa saya bersiap sedia menaiki motosikal, ada anak tahfiz yang menjerit supaya saya menjauhkan diri kerana terdapat orang kurang siuman namun belum sempat saya beredar, saya sudah diserang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mengalami sakit seluruh badan dan ada beberapa kesan lebam

Jelas Wan Fadhilah lagi, kejadian tersebut menyebabkan dia mengalami sakit di seluruh badan selain terdapat beberapa kesan lebam, namun bersyukur kerana tidak mengalami tulang patah.

“Sepanjang saya bekerja di sana, tidak pernah berlaku kejadian sebegini, yang ada hanya orang kurang siuman yang tidak membahayakan orang awam. Tidak sangka, kali ini ia membabitkan saya sebagai mangsa.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan berterima kasih kepada anak-anak tahfiz yang membantu saya malam tadi. Jika mereka tidak membantu, mungkin kecederaan saya juga lebih teruk.

“Tambahan pula, saya baru tiga hari keluar daripada hospital selepas dimasukkan ke wad akibat darah tinggi,” katanya.

Pengawal keselamatan bergelut dengan lelaki terbabit sebelum dibantu pelajar tahfiz

Sementara itu, menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Muhammad Zaki Harun berkata, seorang pengawal keselamatan yang menyaksikan kejadian itu datang menahan lelaki terbabit sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.

“Semasa berlaku pergelutan, beberapa pelajar Maahad Tahfiz Tok Guru telah membantu pengawal keselamatan itu. Selepas berjaya menahan mangsa, pelajar tahfiz itu telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis dan setibanya anggota polis di lokasi, mangsa berada dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia sebelum dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.”

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki Harun

Ekoran kejadia itu, pengawal keselamatan yang berusia 32 tahun direman selama tujuh hari bermula semalam (30 Januari) untuk membantu siasatan manakala 12 orang saksi termasuk pelajar tahfiz, warden asrama dan tukang masak telah dipanggil ke IPD Kota Bharu untuk memberi keterangan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.