
Polis Tangkap Lelaki Disyaki Pijak dan Sepak Gelandangan Hingga Cedera
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, suspek ditahan reman selama tiga hari bermula Isnin sehingga Rabu hadapan untuk siasatan lanjut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Seorang lelaki ditangkap polis selepas disyaki memukul seorang gelandangan hingga cedera di Jalan Tun Tan Cheng Lock, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu (9 September).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menerima laporan mengenai kejadian terbabit pada pukul 12.11 tengah malam.
Menurutnya, susulan laporan itu pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun pada pukul 1.46 pagi Isnin (11 September).
Suspek disyaki pukul gelandangan ditahan reman 3 hari
Menurutnya lagi, suspek direman selama tiga hari bermula Isnin sehingga Rabu hadapan (13 September) dan kes disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
“Siasatan sedang berjalan bagi melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan lanjut.
“Pihak polis menasihati orang ramai tidak terlibat di dalam sebarang aktiviti menyalahi undang-undang. Tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya dipetik Kosmo.
Tular perkongsian seorang wanita lihat lelaki pukul orang disekeliling secara tiba-tiba
Terdahulu, tular di media sosial seorang wanita berkongsi pengalaman ngeri dihadapinya apabila berhadapan dengan seorang lelaki yang bertindak ganas dengan menendang dan memukul orang awam di sekeliling.
Menerusi bebenang di akaun X (Twitter) @bihanuha, kejadian terbabit berlaku semasa dia dan keluarga sedang menunggu suaminya berdekatan sebuah kedai bunga di kawasan tersebut.
Ketika sedang menunggu, dia terlihat seorang wanita ditendang oleh seorang lelaki dengan kuat secara tiba-tiba.
Tidak hanya itu, lelaki terbabit juga dilihat bertindak memijak dan menyepak seorang gelandangan yang sedang tidur di tepi jalan secara berkali-kali sehingga cedera.
ALERT. KORANG HATI2 KALAU JALAN KAT AREA PASAR SENI. Alkisahnya siang td kitorang jalan2 kat area pasar seni area byk kedai bunga tu. Then this incident happened in front of my eyes. 🥺 pic.twitter.com/Gh7jIo5x2f
— Bihaaa (@bihanuha) September 9, 2023