fbpx
Now Reading
Tular 2 Remaja Lelaki Berusia 14 & 15 Tahun Di Kelantan Bergaduh Kini Dipanggil Polis

Tular 2 Remaja Lelaki Berusia 14 & 15 Tahun Di Kelantan Bergaduh Kini Dipanggil Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan perselisihan faham di antara kedua-dua remaja lelaki terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan dua orang remaja lelaki sedang bertumbuk sambil ditonton beberapa individu lain.

Difahamkan, kejadian pergaduhan tersebut berlaku di Kampung Bukit Kecik, Melor di Kota Bharu, Kelantan pada minggu lalu dan kedua-dua remaja terbabit akan dipanggil polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung video yang sohor di media sosial itu pada pukul 11.18 pagi semalam (11 September).

Pergaduhan berlaku di sekolah antara pelajar berumur 14 dan 15 tahun

Kata Mohd. Rosdi, siasatan awal pihak polis mendapati kejadian pergaduhan itu berlaku kira-kira pukul 3 petang pada 7 September lalu di kawasan tanah lapang kampung terbabit.

“Kedua-dua suspek berusia 14 dan 15 tahun itu merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah di Ketereh.

“Kejadian berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua suspek. Sehubungan itu, dua remaja yang terlibat akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu untuk siasatan lanjut,” katanya dipetik Kosmo semalam.

Polis giat jalankan siasatan lanjut untuk kenal pasti motif sebenar kejadian

Menurutnya, pihak polis juga sedang giat menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

Belia turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Nur Asminda Mohd. Apandi di talian 017-2509251 atau 09-7752200 atau di balai polis berhampiran.

Berkongsi lanjut, beliau berkata kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.

Tular video di media sosial dua orang remaja lelaki sedang bertumbuk

Terdahulu, sohor di media sosial video yang memaparkan seorang remaja berpakaian manakala seorang lagi tidak memakai baju sedang bergaduh di sebuah kawasan tanah lapang.

Dalam video sama, turut kelihatan beberapa remaja lain yang sedang menyaksikan kejadian itu namun tidak bertindak untuk meleraikan pergaduhan terbabit.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.