fbpx
Now Reading
Filem Mentega Terbang Diharamkan Tayangan Di Malaysia

Filem Mentega Terbang Diharamkan Tayangan Di Malaysia

Putrajaya telah melarang filem Mentega Terbang untuk ditayangkan di pawagam tempatan bermula hari ini, 13 September 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebuah filem tempatan bertajuk ‘Mentega Terbang’ sebelum ini pernah menjadi kontroversi dalam kalangan umat Islam kerana dikatakan mempunyai unsur bertentangan dengan akidah agama Islam.

Terbaharu, Putrajaya telah menyekat filem Mentega Terbang terbitan tempatan daripada ditayangkan di seluruh negara bermula hari ini (13 September).

Memetik sumber MalayMail, larangan itu dilakukan susulan penerbitan warta kerajaan berkaitan Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan diterbitkan pada 1 September.

Di bawah perintah tersebut, larangan itu termasuklah bahan publisiti filem. Tindakan tersebut juga dilakukan menerusi kuasa yang diberikan oleh Seksyen 26 Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620).

Sumber: Filem Mentega Terbang

Apakah Kisah Yang Ditonjolkan Dalam Filem Mentega Terbang?

Diarahkan oleh Khairi Anwar, filem Mentega Terbang mula ditayangkan pada tahun 2021 untuk tayangan tertutup.

Pada masa yang sama, pembuat filem juga telah bekerjasama dengan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di belakang tabir untuk mendapatkan kelulusan agar ia boleh ditayangkan secara terbuka di pawagam tempatan.

Walau bagaimanapun, filem ini tidak dapat ditayangkan secara terbuka di pawagam tempatan kerana menyentuh perbincangan agak sensitif mengenai akidah dan bimbang jika ia dilihat sebagai menghina agama Islam.

Sumber: Filem Mentega Terbang

Mentega Terbang sempat ditayangkan buat sementara waktu di platform Viu tetapi telah diturunkan selepas menerima aduan beberapa pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Pengarah Khairi Anwar kemudiannya mengeluarkan Surat Tuntutan kepada pengarang dan penulis skrip Zabidi Mohamed yang mendakwa Mentega Terbang mempromosikan perbuatan murtad dalam kalangan umat Islam di Malaysia.

Walaupun filem itu tidak dialu-alukan di Malaysia, ia sebaliknya diterima baik di Indonesia pada Festival Filem Asia Jogja 2021-NETPAC (2021 JAFF).

Artikel Berkaitan: Filem Mentega Terbang Bertentangan Dengan Akidah & Cara Hidup Umat Islam di Malaysia – JAKIM

Artikel Berkaitan: Kontroversi Mentega Terbang: Pengarah & Pelakon Beri Kerjasama Rakam Keterangan Kepada PDRM

Artikel Berkaitan: Filem Mentega Terbang Buka Minda Masyarakat Tentang Kehidupan Selepas Meninggal

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.