fbpx
Now Reading
13 ‘Pilot Darat’ Ditahan Polis Kerana Memandu Bawah Pengaruh Dadah Di Johor

13 ‘Pilot Darat’ Ditahan Polis Kerana Memandu Bawah Pengaruh Dadah Di Johor

Menurut Ketua Polis Johor, Op Perdagangan Kontinjen Johor ini akan dilaksanakan secara berterusan dengan konsep ‘total enforcement’ oleh JSPT Johor bersama jabatan dan agensi penguatkuasa lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Johor telah menjalankan Op Perdagangan Kontinjen Johor di seluruh negeri itu sejak 12 tengah malam kelmarin (20 September) hingga 8 pagi semalam (21 September).

Dalam operasi terbabit, seramai 13 pemandu kenderaan berat ditahan kerana didapati memandu dalam keadaan di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, selain itu turut ditahan di dalam operasi terbabit ialah dua pemandu lori yang merupakan orang dikehendaki.

Kesemua suspek ditahan berumur 22 hingga 48 tahun

Menurutnya, kesemua 15 suspek yang ditahan dalam operasi itu berusia dalam lingkungan 22 hingga 48 tahun.

“Dalam Op Perdagangan Kontinjen Johor itu, seramai 15 individu ditahan dengan dua daripadanya adalah individu yang dikehendaki setelah terlibat dalam kes yang disiasat di bawah Seksyen 379A kanun keseksaan dan Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Sementara itu, 13 individu lain yang ditahan didapati positif dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dipetik Kosmo.

210 keping saman dikeluarkan dalam Op Perdagangan Kontinjen Johor

Menurutnya lagi, dalam operasi sama sebanyak 730 kenderaan perdagangan diperiksa dengan 210 keping saman Pol.257 dikeluarkan.

Ujar Kamarul, turut dikesan di dalam operasi terbabit sebuah lori perdagangan yang membawa lebih muatan sebanyak 35%.

“Op Perdagangan dijalankan seluruh negeri ini bagi mengambil tindakan tegas terhadap semua pemandu dan oemilik kenderaan perdagangan yang masih tegar dan ingkar untuk patuh peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

“Fokus utama operasi ini adalah untuk menyelesaikan isu awam yang sering diterima berdasarkan aduan awam dan viral di media sosial berkaitan kenderaan perdagangan,” katanya lagi.

Operasi itu akan dilaksana secara berterusan dengan konsep ‘total enforcement’

Berkongsi lanjut, beliau berkata operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan dengan konsep ‘total enforcement’ oleh JSPT Johor bersama jabatan dan agensi penguatkuasa lain.

Jelasnya lagi, ia bagi memastikan pemandu dan pemilik kenderaan perdagangan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan selain menjelaskan tiada istilah ‘double standard’ yang digunakan dalam penguatkuasaan undang-undang.

“Tiada istilah pilih kasih atau ‘double standard’ dalam penguatkuasaan undang-undang kerana ianya dicipta untuk dipatuhi, bukan untuk dicabuli oleh sesetengah pihak yang rakus dan tamak” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.