fbpx
Now Reading
Dituduh Hisap Vape, Ahli Parlimen PN Pertimbang Saman Jurugambar PM Anwar

Dituduh Hisap Vape, Ahli Parlimen PN Pertimbang Saman Jurugambar PM Anwar

Menurut Ikmal Hisham, satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada petang ini (22 September).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media sosial satu gambar yang menunjukkan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz seakan sedang menghisap vape ketika ingin keluar dari Dewan Rakyat.

Kejadian tersebut berlaku pada Selasa lalu (19 September) semasa sesi Penggulungan Usul Kajian Separuh Penggal RMK-12 yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penularan foto yang sedikit kabur tersebut oleh jurugambar Anwar menyebabkan Ikmal Hisham teruk dikecam bahkan ia mendapat liputan meluas media tempatan.

Ikmal Hisham pertimbang ambil tindakan undang-undang

Susulan itu, Ikmal Hisham sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap jurugambar Perdana Menteri itu yang mendakwa beliau menghisap vape ketika berada di dalam dewan terbabit.

Menurutnya, satu laporan polis berhubung perkara itu juga akan dibuat oleh pegawainya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada petang ini (22 September).

“Kita akan buat (tindakan undang-undang),” katanya diperik Sinar Harian.

Menurut Ikmal Hisham lagi, kenyataan media akan dikeluarkan sejurus laporan polis itu selesai dilakukan.

Ikmal Hisham dakwa pegang pen dan nafi hisap vape

Terdahulu, Ahli Parlimen bagi Perikatan Nasional (PN) itu menafikan dakwaan beliau sedang menghisap vape dengan mengatakan objek yang sedang dipegang olehnya itu hanya sebatang pen.

“Semua orang tahu saya bukan kaki merokok, duduk sebelah orang merokok pun saya tak tahan, apatah lagi merokok, hisap vape jauh sekali,” katanya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Pegang Pen, Saya Bukan Kaki Merokok” – Ahli Parlimen PN Nafi Hisap Vape Dalam Dewan

Difahamkan, foto berkenaan mula sohor di media sosial selepas dikongsikan oleh jurugambar Anwar, Sadiq Asyraf menerusi akaun X (Twitter) miliknya.

Kebanyakan Ahli Parlimen PN pergi selepas Speaker arah Radzi Jidin keluar dari Dewan Rakyat

Sebagai info, Dewan Rakyat pada hari sama menjadi kecoh apabila kebanyakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) meninggalkan dewan selepas Speakar, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Muhd Radzi Jidin untuk keluar daripada dewan berkenaan.

Radzi Jidin tidak berpuas hati dengan kenyataan Anwar terhadapnya yang didakwa sebagai sangkaan jahat.

Anwar ketika menjawab mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut menyentuh Putrajaya pernah buat perkara sama semasa pentadbiran terdahulu.

Susulan itu, Radzi bangkit dan meminta Speaker, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu menarik balik kenyataannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.