fbpx
Now Reading
Individu Bakar Bumbung Masjid Di Kelantan Rupanya Kurang Siuman [Video]

Individu Bakar Bumbung Masjid Di Kelantan Rupanya Kurang Siuman [Video]

Lelaki yang mencetuskan kekecohan itu cukup dikenali oleh para jemaah kerana sering tidur di sekitar kawasan perkarangan masjid sejak setahun lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular di media sosial di mana memperlihatkan seorang individu lelaki bertindak membakar masjid di sebuah kawasan kampung sehingga menggemparkan penduduk setempat.

Video sohor itu meraih perhatian ramai sekaligus menimbulkan persoalan tentang apa sebenarnya yang berlaku dan mengapa lelaki terbabit bertindak demikian.

Difahamkan, kebakaran itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam pada Ahad lalu (1 Oktober) di Kampung Bunohan, Tumpat, Kelantan.

Lelaki bakar masjid dipercayai kurang siuman

Menurut Kosmo, para jemaah masjid mengenali lelaki berkenaan yang dipercayai kurang siuman.

Siak masjid itu, Ayub Awang Hamat berusia 66 tahun berkata, dia mengetahui tentang kejadian itu selepas dimaklumkan oleh rakannya selepas melihat kemarakkan api dari arah bumbung masjid berkenaan.

Bakar kotak-kotak jubin yang ada di atas masjid

Menurutnya, bumbung masjid itu dalam proses pembaikan apabila terdapat banyak kotak-kotak jubin ekoran kerja-kerja pemasangan yang masih belum selepas sepenuhnya.

“Lelaki itu dipercayai naik ke atas bumbung sebelum bertindak membakar kotak-kotak di situ.

“Kami lega apabila kebakaran itu tidak sempat merebak ke kawasan lain selain tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Lelaki terbabit dikenali para jemaah kerana sering tidur di perkarangan masjid

Jelas Ayub, lelaki terbabit cukup dikenali oleh para jemaah masjid berkenaan kerana dia sering menumpang tidur sejak hampir setahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi Kosmo mengesahkan pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian.

Tular lelaki nyalakan api sambil berdiri di atas bumbung masjid

Terdahulu, tular di Twitter video seorang lelaki menyalakan api sambil berdiri di atas bumbung masjid.

Dalam video sama, kelihatan penduduk kampung berkumpul di hadapan masjid selepas menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.