
Tular Kes Jemaah Solat Bercampur Jantina Dalam Satu Saf, Ini Rupanya Yang Berlaku
Menurut JAKIM, percampuran jantina dalam satu saf itu adalah golongan ‘mak nyah’ di mana mereka masih dikira sebagai lelaki mengikut jantina asal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan jemaah yang sedang menunaikan solat.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Mynewshub di Twitter, kelihatan seorang individu berpakaian seperti wanita berada dalam saf yang sama dengan jemaah lelaki.
Kelihatan individu seperti wanita yang memakai tudung ketika solat berjemaah
Bukan hanya itu, terdapat juga salah seorang individu turut dilihat seperti memakai tudung ketika menunaikan solat berjemaah.
Perkara itu secara tidak langsung telah menarik perhatian dari orang ramai yang kurang senang dengan perkara tersebut.
JAKIM perjelas video tular jemaah lelaki, wanita solat bercampur saf
— MYNEWSHUB (@mynewshub) October 4, 2023
04 Oktober 2023, 6:17pm
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menjelaskan dakwaan berlaku percampuran jemaah lelaki dan wanita ketika menunaikan solat berjemaah dalam program Kem… pic.twitter.com/Qs04NV8NKW
JAKIM tampil jelaskan berhubung video tular
Ekoran penularan video terbabit, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah tampil menjelaskan video itu diyakini telah dirakam serta disiarkan oleh peserta yang terbabit dalam program Kem Ibadah Nusantara di Cameron Highland, Pahang baru-baru ini.
Program tersebut telah dianjurkan oleh pihak JAKIM bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Persatuan Insaf Pahang (NGO Komuniti Hijrah LGBT) serta beberapa agensi dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang lain.
Peserta majoriti golongan transgender
Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasmi JAKIM, peserta program berkenaan majoriti terdiri daripada kumpulan transgender yang datang secara sukarela.
“Ada yang sudah berhijrah dan ada yang dalam proses berhijrah.
“Ada juga dalam kalangan mereka yang masih mirip rupa paras dan penampilan serta pakaian seorang wanita,” katanya dalam kenyataan itu.
Tiada percampuran jantina, jemaah yang menunaikan solat adalah lelaki
Ujarnya lagi, ketika solat jemaah yang dilihat berlaku percampuran jantina dalam satu saf adalah golongan ‘mak nyah’ yang masih dikira sebagai lelaki mengikut jantina asalnya.
“Proses untuk mendidik dan membetulkan cara hidup mereka mengambil sedikit masa. Mohon sama-sama kita doakan.”
Melihat di ruangan komen, hantaran itu secara tidak langsung telah mendapat sokongan daripada orang ramai yang berdoa agar golongan terbabit dipermudahkan urusan.
Tidak kurang juga yang mengatakan ia adalah satu perjuangan yang perlu didoakan oleh orang ramai.
“Proses perubahan ambil masa. Ramai lebih mudah mencari salah dan mencaci. Kita pulangkan kepada penganjur untuk gunakan pendekatan yang sesuai..”

“Semoga dipermudahkan urusan mereka dan kita semua”

“Alhamdulillah tabik kepada usaha semua pihak. Allah SWT akan permudahkan urusan mereka dan kita semua. Amin”
