‘Lebih 30% Doktor Di Malaysia Dibuli’ – MMA

Sebagai pekerja, setiap individu disarankan untuk sentiasa bersedia dan fokus dalam melaksanakan tugas seharian.

Ia penting bagi memastikan setiap pekerjaan dapat dilakukan dengan baik serta berupaya menghasilkan sesuatu yang sempurna.

Bagi memastikan pekerjaan dapat dilakukan dengan baik, pelbagai faktor perlu diambil kira antaranya seperti suasana di tempat kerja dan hubungan dengan rakan sekerja.

Namun, tidak semua orang bernasib baik untuk berada dalam suasana dan hubungan yang positif dengan rakan sekerja. Lebih teruk lagi, ada di antara mereka yang dibuli ketika mencari rezeki.

Lebih 30% Doktor Dibuli Di Seluruh Malaysia

Tidak terkecuali, doktor juga merupakan antara pekerjaan yang terlibat dengan budaya buli. Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Azizan Abdul Aziz, sebanyak 30 hingga 40% doktor di Malaysia mendakwa pernah menjadi mangsa buli.

Kadar tersebut merupakan hasil daripada tinjauan kaji selidik yang dilakukan terhadap 728 pengamal perubatan sektor awam dan swasta yang bermula pada 15 September hingga 1 Oktober 2023.

“Tinjauan itu juga mendapati bahawa mangsa lebih cenderung untuk tidak memfailkan aduan kerana takut atau tidak pasti bagaimana untuk melakukannya,” kata beliau.

Menurut beliau, ada juga mangsa yang telah membuat aduan namun tiada tindakan diambil.

Sarawak Catat Kes Buli Tertinggi

Hasil kajian turut menunjukkan Sarawak menjadi negeri tertinggi yang melibatkan kes buli iaitu sebanyak 15 kes, diikuti dengan Selangor sebanyak sembilan (9) kes dan Perak sebanyak lapan (8) kes.

“Bagaimanapun 197 adalah dari negeri yang tidak diketahui. Berdasarkan tinjauan itu, Sabah dan Melaka tidak mempunyai kes buli yang disahkan,” ujar beliau.

Kes Buli Beri Kesan Kepada Individu

Menurut Dr Azizan, gejala buli ini sememangnya memberi kesan kepada individu tanpa mengira pangkat.

Ini boleh dilihat apabila seramai 168 orang pegawai turut berdepan perkara sama manakala hampir 50% responden yang terdiri daripada doktor pelatih dan pakar turut mendedahkannya.

“Seramai 728 doktor Malaysia daripada sektor penjagaan kesihatan awam dan swasta mengambil bahagian dalam tinjauan.

“Daripada jumlah itu, 476 adalah pegawai perubatan, pakar atau perunding (207) dan doktor pelatih (46),” kata beliau lagi.

Majoriti Doktor Muda Bekerja Lebih Masa

Hasil kajian turut menunjukkan sebanyak 60% kumpulan doktor muda yang tempoh perkhidmatannya kurang daripada dua tahun bekerja lebih masa setiap hari.

Bagi kumpulan yang mempunyai pengalaman melebihi dua tahun bekerja, sebanyak 20% daripada golongan ini bekerja lebih masa setiap hari manakala 30 hingga 40% lagi bekerja lebih masa sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.

“Maka, jumlah kekerapan doktor Malaysia yang bekerja lebih masa dua kali seminggu sebanyak 35%; 32% antara tiga hingga empat kali seminggu dan 24% setiap hari dan 9% tidak pernah.

 “Walaupun bilangan doktor yang mengambil bahagian dalam tinjauan ini hanya sebahagian kecil daripada doktor daripada keseluruhan sistem penjagaan kesihatan, namun dapatan kajian masih signifikan,” jelasnya.

Perlu Lakukan Penambahbaikan Dalam Budaya Kerja

Susulan daripada penemuan ini, Dr Azizan berpendapat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengambil langkah segera bagi memastikan penambahbaikan dalam budaya kerja dapat dilakukan.

“Ini berikutan kadar peletakan jawatan dalam kalangan doktor kontrak Malaysia meningkat sebanyak 1,131% dalam tempoh enam tahun lalu (2017-2022),” kata beliau lagi.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Pengalaman & Kesan Dibuli Di Tempat Kerja [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Mangsa Buli Cenderung Alami PTSD – Pakar

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

16 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

16 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

16 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

17 hours ago