fbpx
Now Reading
Dr Zaliha Minta Petugas Kesihatan Buat Aduan Melalui Sistem MyHELP Jika Jadi Mangsa Buli

Dr Zaliha Minta Petugas Kesihatan Buat Aduan Melalui Sistem MyHELP Jika Jadi Mangsa Buli

Hasil tinjauan kaji selidik yang dilakukan oleh Persatuan Perubatan Malaysia mendapati mangsa lebih cenderung untuk tidak melakukan aduan kerana takut atau tidak pasti bagaimana untuk melakukan aduan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan kes buli yang dilaporkan di media hanya melibatkan pelajar sekolah. Jarang sekali kedengaran kes yang melibatkan individu bekerja terutama golongan profesional seperti doktor.

Namun, hasil dari tinjauan kaji selidik yang dilakukan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) baru-baru ini menunjukkan 30% hingga 40% doktor di Malaysia pernah menjadi mangsa buli.

Penemuan tersebut turut menunjukkan Sarawak merupakan negeri yang mempunyai bilangan kes tertinggi iaitu sebanyak 15 kes, diikuti dengan Selangor sebanyak sembilan (9) kes dan Perak dengan lapan (8) kes.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Lebih 30% Doktor Di Malaysia Dibuli’ – MMA

Lapor Kes Buli Menerusi Sistem MyHELP

Susulan daripada penemuan ini, Menteri Kesihatan Dr. Zaliha Mustafa menyarankan agar semua petugas kesihatan terutama yang menjadi mangsa buli untuk melaporkan aduan melalui sistem MyHELP.

Ini kerana Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membantu individu yang terlibat dengan kes buli dalam kalangan warga kementerian itu.

Tambah beliau lagi, MyHELP merupakan platform khas khusus buat petugas kesihatan untuk melaporkan isu-isu buli yang berlaku.

Beliau menyarankan agar aduan dibuat melalui medium tersebut kerana sistem MyHELP yang telus dan mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi.

“Saya ingin menegaskan bahawa KKM amat prihatin terhadap kebajikan semua petugas kesihatan.

“Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) yang telah ditubuhkan sebelum ini sentiasa mengadakan libat urus dengan pihak KKM.

“Ia dalam memastikan kesihatan mental dan kebajikan warga KKM sentiasa terpelihara agar insiden seperti buli dan sebagainya dapat ditangani,” kata beliau.

Foto: Tangkap Layar Sistem MyHELP

KKM Tidak Kompromi Isu Buli Dalam Kalangan Petugas Kesihatan

Menerusi kenyataan itu juga, beliau sekali menegaskan bahawa KKM memandang serius mengenai isu ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana petugas kesihatan yang terlibat dengan kes tersebut.

“(Saya) akan terus komited memastikan perkara seperti ini tidak berlaku di fasiliti kesihatan seluruh negara,” ujarnya.

Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan isu buli dalam kalangan petugas kesihatan. Mana-mana petugas…

Posted by Dr Zaliha Mustafa on Tuesday, 17 October 2023

Terdahulu, MMA telah melakukan tinjauan berkenaan kes buli dalam kalangan pengamal perubatan. Hasil tinjauan tersebut menunjukkan lebih 30% doktor mendakwa pernah menjadi mangsa buli.

Malah, kajian turut menunjukkan mangsa lebih cenderung untuk tidak melakukan aduan kerana takut atau tidak pasti bagaimana untuk melakukan aduan tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.