fbpx
Now Reading
Imam Masjid Di Jempol Maut Dihempap Buah Kelapa

Imam Masjid Di Jempol Maut Dihempap Buah Kelapa

Menurut anak mangsa, kejadian ditimpa buah kelapa itu berlaku di belakang rumah warga emas berkenaan dan insiden itu disaksikan sendiri oleh isteri mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Adakalanya kejadian yang tidak diingini sering kali berlaku meskipun seseorang itu sudah berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara.

Ini kerana, sebagai manusia kita hanya mampu berjaga-jaga namun tidak dapat menjangka apakah perkara yang bakal berlaku di masa hadapan.

Imam masjid meninggal dunia kena hempap buah kelapa ketika mengait

Perkara ini sama seperti kejadian yang menimpa seorang imam di Masjid Felda Raja Alias 2 di Jempol apabila dilaporkan meninggal dunia selepas ditimpa buah kelapa, semalam (19 Oktober).

Kejadian berlaku sewaktu imam berkenaan sedang mengait kelapa sebelum buah tersebut jatuh di atas kepalanya pada jam 8.30 pagi.

Disahkan meninggal dunia selepas dua jam terima rawatan

Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook, imam yang dikenali sebagai Aisa Ujang itu disahkan meninggal dunia selepas dua jam mendapatkan rawatan di Hospital Jempol.

Menerusi keterangan anak imam terbabit, kejadian berlaku di belakang rumah susulan bapanya yang berusia 66 tahun itu ada menanam pokok kelapa.

“Buah kelapa akan dikait selang dua minggu untuk dijual kepada peniaga dan kejadian itu disaksikan isteri mangsa.

“Sebaik kejadian, isteri mangsa terus mendapatkan bantuan ahli keluarga dan jiran berdekatan untuk menghantar mangsa ke hospital bagi mendapatakan rawatan namun dia disahkan meningggal dunia selepas dua jam menerima rawatan,” ujarnya dipetik Harian Metro.

Tiada kesan luka dari senjata tajam, alami kecederaan dalaman di bahagian kepala

Katanya lagi, doktor memaklumkan tiada sebarang kesan luka daripada senjata tajam, namun warga emas itu mengalami kecederaan dalaman di bahagian kepala disebabkan buah kelapa berkenaan.

“Anak mangsa juga turut memaklumkan mangsa mempunyai sejarah sakit jantung sejak 2018 dan darah tinggi sejak 2010 dan sentiasa mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran sehingga kini,” jelasnya lagi.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.