fbpx
Now Reading
“Saya Bangga” – Ibu Muda Pilih Kerjaya Sebagai Pengawal Keselamatan Sara 3 Anak

“Saya Bangga” – Ibu Muda Pilih Kerjaya Sebagai Pengawal Keselamatan Sara 3 Anak

Walaupun hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan, Munira berazam untuk sentiasa memberikan yang terbaik kerana bagi wanita itu, tanggungjawabnya besar dalam memastikan keselamatan guru dan murid setiap hari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila menyebut tentang kerjaya, segelintir individu mempunya kriteria tersendiri dalam memilih sesuatu kerja.

Lazimnya, gaji yang ditawarkan, faedah serta jarak dengan tempat tinggal menjadi antara kriteria utama dalam membuat pilihan.

Namun, ada juga segelintir yang tidak menetapkan ciri-ciri khusus asalkan pekerjaan yang dilakukan mampu menampung kos hidup yang semakin meningkat.

Pilih Kerjaya Pengawal Keselamatan Selepas Kematian Suami

Mahu berdikari dan meneruskan hidup selepas kematian suami, seorang ibu muda yang dikenali sebagai Siti Munira Mat Daud sanggup memilih kerjaya sebagai Pengawal Keselamatan.

Walaupun ada segelintir pihak yang menganggap ia satu kerjaya kelas bawahan dan tidak sesuai untuknya, namun ibu muda yang mempunyai tiga orang cahaya mata bangga dengan pekerjaannya itu.

Malah, dia yang berusia 34 tahun itu menganggap kerjaya tersebut banyak membantu dirinya menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga dalam membesarkan anak-anak sejak kematian suami setahun yang lalu.

Minat Kerjaya Pasukan Keselamatan, Tidak Anggap Kerjaya Sebagai Memalukan

Minat yang mendalam dalam kerjaya pasukan keselamatan turut menjadi faktor Munira memilih kerjaya sebagai seorang pengawal keselamatan.

Dia dikatakan mula bekerja di sebuah sekolah rendah sejak tujuh tahun yang lalu selepas tidak melepasi kelayakan menjadi anggota polis.

“Dahulu saya selalu hantar anak ke sekolah dan lihat pengawal keselamatan bertugas dan terlintas untuk mencuba kerjaya itu. Dengan izin arwah suami (Sarizan Ahmad Kamel) ketika itu saya kemudiannya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

“Saya berbangga menyarung seragam ini biarpun hasrat sebenar menjadi polis tetapi kedua-dua kerjaya ini sama saja menjaga keselamatan awam cuma bezanya saya hanya di sekolah saja,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Walaupun hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan, setiap hari dia berazam untuk sentiasa memberikan yang terbaik kerana bagi Munirah, tanggungjawabnya besar dalam memastikan keselamatan guru dan murid setiap hari.

Tambah Munira, dia tidak menganggap kerjaya sebagai itu sebagai satu pekerjaan yang memalukan untuk golongan muda.

“Sekarang ini sudah ramai orang muda memilih kerja ini dan sebagai pengawal keselamatan kerjaya ini juga menuntut disiplin yang tinggi dan ketegasan dalam tugas. Pada saya kepuasan kerja saya adalah memastikan semua murid sudah diambil oleh ibu bapa dan pulang dengan selamat,” ujarnya.

Suka Kongsi Video Di TikTok

Aktif berkongsikan video di akaun TikTok miliknya, Munira tidak berkecil hati dengan komen yang diberikan oleh netizen.

“Macam-mana pengalaman yang saya lalui terutama apabila aktif di TikTok yang mana netizen ada juga cakap ‘alah kerja guard (pengawal keselamatan) saja pun tetapi melebih-lebih, ada yang cakap asyik tak buat kerja main telefon saja.

“Tetapi saya tak ambil hati dan abaikan saja. Saya tahu tugas saya dan pastinya tidak main TikTok ketika waktu sibuk kerana saya ada tugas lebih penting iaitu memastikan murid selamat. Alhamdulillah guru besar dan guru di sini juga semuanya baik.

“Tetapi sebenarnya lebih ramai beri sokongan. Saya dengan ibu murid juga baik dan sudah menjadi kawan, malah pernah membantu menghantar anak mereka ke rumah atau ke tempat kerja mereka sebelum ini,” ujarnya.

Tambah ibu muda itu lagi, dia senang berkongsi mengenai tugasnya tanpa mendedahkan maklumat peribadi seperti lokasi tempat kerja.

Malah, dia juga ada menerima mesej peribadi daripada individu yang mahu berkenalan dengan dirinya.

“Semua video yang dibuat hanya untuk kandungan akaun TikTok saja selain hiburan sambil bekerja sekali gus dapat menjadi kenangan tetapi saya bukanlah mahu mencari jodoh biarpun ada segelintir lelaki hantar mesej mahu berkenalan.

“Apabila tahu saya ibu tunggal ada juga yang mahu berkawan serius tetapi buat masa ini saya menolak kerana fokus adalah kepada tiga anak saya selepas suami meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung dan darah tinggi,” ujarnya lagi.

@eiravender23

Membalas kepada @szszr8 ape salah saya semua orang gelak..saya cuma betulkan tudung pelajar je..😅betul² pantau kerja saya,tak pasal² saya rembat topi pekerja site pembinaan😆📏 #fyp #pejuanghitamputih #gengsecuritymalaysia🇲🇾

♬ Ketawa Mulu – Felixs

Baca Artikel Berkaitan: Pak Guard Menangis Terharu Lepas Pekerja Pejabat Rai Hari Jadinya, Rupanya 8 Tahun Dah Tak Sambut Birthday [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Slip Gaji Pengawal Keselamatan Ini Jadi Topik Debat Netizen Kerana Gaji ‘Basic’ Hanya RM550

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.