![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2023/05/pak-guard-birthday-720x420.jpg)
Pak Guard Menangis Terharu Lepas Pekerja Pejabat Rai Hari Jadinya, Rupanya 8 Tahun Dah Tak Sambut Birthday [Video]
Difahamkan, pengawal keselamatan itu berasa sebak kerana sudah 8 tahun hari jadinya tidak disambut sepanjang dia bekerja di Malaysia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai seorang insan yang hidup bermasyarakat, kita haruslah sentiasa menghormati dan menghargai setiap individu tanpa mengira pangkat dan harta.
Sifat membanding-bandingkan atau pilih bulu perlulah dibuang kerana setiap orang layak dihargai dan disayangi.
Pekerja pejabat sambut hari jadi pengawal keselamatan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video sekumpulan pekerja pejabat membuat kejutan dan menyambut hari jadi seorang pengawal keselamatan di pejabat terbabit.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok @tunetalk, kelihatan pengawal keselamatan atau Pak Guard yang dipercayai bernama Pande terkelu selepas melihat orang ramai meraikan hari jadinya.
“Minggu lepas, kita meraikan hari jadi seseorang yang penting di pejabat. Seseorang yang kami jumpa setiap pagi dan petang. Seseorang yang sentiasa pastikan kesejahteraan kami,” tulisnya dalam video.
Dalam video sama, ketika para pekerja menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’ kepadanya, salah seorang wanita membawa sebiji kek untuk ditiup dan dipotong oleh pengawal keselamatan yang mesra disapa Bossku.
Pengawal keselamatan menangis, rupanya dah 8 tahun hari jadi tak dirai
Setelah kek dipotong dan dimakan, pengawal keselamatan warga asing itu mengalirkan air mata kerana terharu dengan sambutan hari jadi yang diterimanya.
@tunetalk Happy birthday bossku! 🫡 #office #officelife #ofis #officehumor #security #securityguard #birthday #surprise #birthdaysurprise #birthdayparty #monday #mondaymood #vip #boss #fyp #foryou #foryoupage #fypmalaysia #tiktok #tiktokviral #tiktokmalaysia #viral #viralvideo #KitaFaham #TuneTalk
♬ Happy Birthday to You acoustic guitar – C_O
Lebih mengharukan, dia memberitahu bahawa ini merupakan kali pertama orang ramai menyambut ulang tahunya selepas 8 tahun bekerja di Malaysia.
“Tiba-tiba kami dapat tahu, lepas 8 tahun bekerja di Malaysia, ini pertama kali dia dapat raikan hari jadi,” tulisnya lagi.
Ramai sebak dan puji sikap para pekerja pejabat terbabit
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sebak melihat reaksi pengawal keselamatan itu setelah para pekerja menyambut hari jadinya.
Malah, netizen juga memuji sikap kakitangan syarikat terbabit yang menghargai pengawal keselamatan itu.
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2023/05/photo_2023-05-10_11-25-08.jpg)
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2023/05/photo_2023-05-10_11-25-09.jpg)
![](https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2023/05/photo_2023-05-10_11-25-10.jpg)