fbpx
Now Reading
“Surat Rasmi Kepada Kerajaan Perlu Guna Bahasa Kebangsaan” – Anwar Ibrahim

“Surat Rasmi Kepada Kerajaan Perlu Guna Bahasa Kebangsaan” – Anwar Ibrahim

Perdana Menteri turut menegaskan sekiranya surat rasmi yang dihantar tidak menggunakan bahasa kebangsaan, maka ia akan dipulangkan semula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia. Peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat dilihat apabila ia termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia.

Ini menunjukkan bahawa kedudukan dan fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi atau Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Ia juga bermaksud bahawa setiap individu perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama terutama jika terlibat dengan sebarang urusan rasmi kerajaan.

PM Arah Semua Surat Rasmi Yang Dihantar Menggunakan Bahasa Kebangsaan

Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mewajibkan semua surat rasmi yang dihantar kepada kerajaan ditulis dalam Bahasa Kebangsaan.

Peringatan itu ditujukan oleh beliau khusus buat syarikat tempatan atau institusi pengajian tinggi yang sering atau akan berurusan dengan pihak kerajaan.

Surat Selain BM Akan Dipulangkan Semula

Malah, beliau turut menegaskan sekiranya surat rasmi yang dihantar tidak menggunakan bahasa kebangsaan, maka ia akan dipulangkan semula.

Tambah beliau, walaupun Bahasa Inggeris digunakan di medium perhubungan antarabangsa, masih terdapat beberapa agensi awam dan swasta yang dilihat cuba meninggalkan asas perlembagaan dalam menggunakan bahasa kebangsaan ketika berhubung dengan jabatan kerajaan.

“Saya ingin peringatkan hal ini dalam kalangan syarikat tempatan dan universiti tempatan supaya arahannya siapa sahaja menulis selain bahasa kebangsaan surat itu akan dipulangkan. Ini tidak akan menjadikan kita sempit.

“Saya tidak meremehkan (bahasa Inggeris) tetapi perlu mengakar di bumi berhubung pemerkasaan budaya dari sudut bahasa, sastera sesuatu yang integral dalam pembinaan bangsa.

“Jangan cuba remehkan, arahan jelas bahawa tidak akan melayani sebarang surat yang disampaikan oleh rakyat, syarikat tempatan dalam bahasa selain bahasa kebangsaan,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Untuk info, perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kepentingan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dapat dilihat melalui kewujudan Akta Bahasa Kebangsaan 1971.

Malah, bahasa ini turut menjadi bahasa ilmu yang menjadi medium dalam pengajaran dan pembelajaran di setiap sekolah di Malaysia melalui Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 1996).

Walau bagaimanapun, bangsa lain di Malaysia bebas menggunakan bahasa lain seperti bahasa Mandarin dan bahasa Tamil sebagai bahasa perhubungan harian.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Warga Emas Gagal Dapat Kewarganegaraan Kerana Tak Lulus Ujian Bahasa Melayu

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Menangis Sebab Tiada Kawan Di Sekolah Kerana Tidak Fasih Berbahasa Melayu [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.