fbpx
Now Reading
KKM Rampas RM1.5 Juta Ubat-Ubatan Dari Luar Negara Yang Tidak Berdaftar

KKM Rampas RM1.5 Juta Ubat-Ubatan Dari Luar Negara Yang Tidak Berdaftar

Antara ubat-ubatan yang dirampas dalam sindiket terbabit adalah ubat suntikan insulin untuk kencing manis, ubat rawatan jantung, ubat anti kolestrol dan banyak lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui setiap ubat-ubatan yang ada di negara ini perlulah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Perkara ini bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang perkara tidak diingini kepada pengguna.

Walau bagaimanapun, demi mengaut keuntungan terdapat individu tidak bertanggungjawab yang sanggup menjual beberapa ubat-ubatan khususnya untuk penyakit kronik yang tidak berdaftar.

CPF JKNS bongkar kegiatan sindiket penipuan pembungkusan semula ubat tak berdaftar

Terbaharu, Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (CPF JKNS) telah berjaya membongkar kegiatan haram selepas menerima maklumat berhubung sindiket penipuan pembungkusan semula ubat tidak berdaftar dari luar negara.

Ubat-ubatan itu kemudiannya di jual di pasaran di negara ini.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr Sha’ari Ngadiman berdasarkan siasatan dilakukan oleh pihak CPF JKNS dengan kerjasama ibu pejabat Bahagian Peguatkuasaan Farmasi Kementerian Kesihatan berjaya membongkar aktiviti sindiket terbabit yang menyasarkan pembungkusan semula ubat berdaftar keluaran jenama terkenal.

Serbuan dilakukan di tiga premis, rampas ubat-ubat tak berdaftar bernilai lebih RM1.5 juta

Oleh itu, CPF JKNS dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak melakukan serbuan pada tiga premis yang telah dijadikan sebagai tempat pembungkusan, penyimpanan, pengedaran serta penjualan ubat tak berdaftar.

“Hasil serbuan yang dijalankan telah berjaya merampas ubat tidak berdaftar berjumlah melebihi RM1.5 juta,” ujarnya.

Senarai ubat yang dirampas

Berikut adalah antara ubat-ubatan yang dirampas:

  • Ubat suntikan insulin untuk kencing manis
  • Ubat rawatan jantung
  • Ubat anti kolestrol
  • Ubat rawatan asma
  • Ubat darah tinggi
  • Ubat titis rawatan mata

Kes disiasat mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan jika disabitkan kesalahan individu boleh didenda sehingga RM50,000.

Sarankan klinik dan farmasi ambil bekalan ubat dari sumber sah dan pemborong berlesen

Pihak JKNS dalam masa sama menyarankan kepada semua klinik termasuk farmasi untuk memastikan bekalan ubatan adalah daripada pemborong yang berlesen agar ubat-ubatan yang dijual berdaftar dan didapati daripada sumber sah.

“Pihak JKNS turut menasihati orang ramai juga digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan ubat-ubatan dan produk yang meragukan sebagai usaha bersama untuk membanteras penjualan ubat-ubatan dan produk kesihatan yang tidak dibenarkan.”

Aduan serta maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Program Perkhidmatan Farmasi melalui laman sesawang di sini atau portal rasmi Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) atau di mana-mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan.

Selain itu anda juga boleh menghubungi di talian 03 7841 3200 untuk tindakan lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.