fbpx
Now Reading
Pembawa Beca Di Melaka Disaran Buka Lagu Tradisional & Henti Main Lagu Dangdut

Pembawa Beca Di Melaka Disaran Buka Lagu Tradisional & Henti Main Lagu Dangdut

Lagu tradisional itu dimainkan bertujuan untuk memperkenalkan lagu tradisional Melayu asli seperti Dondang Sayang kepada pelancong dari luar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui negeri Melaka dikenali sebagai bandaraya bersejarah. Bahkan bandar ini turut diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Selain itu negeri ini turut popular dengan perkhidmatan beca yang membawa pelancong mengelilingi bandarnya.

Malah apa yang lebih menarik perhatian mereka turut menghiasi beca tersebut dengan pelbagai tema dan lampu pada waktu malam untuk menarik perhatian pelancong.

Para pengusaha beca juga turut memasang beberapa lagu untuk menghiburkan pelanggan dimana kebiasaanya lagu-lagu seperti Top 40, Balada, dan yang paling popular Dangdut.

Seramai 370 pengusaha beca disarankan main lagu tradisional Melaka

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri pada hari ini telah meminta seramai 370 pengusaha beca di Bandar Hilir untuk menggunakan lagu tradisional Melaka dan bukannya muzik dangdut.

Antara lagu tradisional yang disarankan itu adalah seperti Dondang Sayang.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya negeri iaitu Datuk Abdul Razak Abdul Rahman saranan untuk memasang lagu tradisional itu perlu untuk diikuti oleh pembawa dan pengusaha beca bersempena denga sambutan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

Usaha untuk perkenalkan budaya negeri Melaka kepada pelancong

Malah cadangan untuk menggunakan lagu bergenre seperti itu adalah salah satu usaha dalam memperkenalkan budaya Melaka apabila tampil dengan lagu-lagu Melayu asli khususnya Dondang Sayang untuk didengari oleh pelancong luar.

“Mereka juga diminta untuk tidak memasang lagu terlalu kuat sehingga boleh menimbulkan rasa kacau dan ganggu kepada pelancong yang menaiki beca mengelilingi kawasan Bandar Hilir.

“Kita ada menerima banyak aduan daripada pelancong yang berasa tidak selesa dengan bunyi lagu yang dipasang terlalu kuat dan bingit, terutama bila mereka memasang lagu dangdut.

“Bukan tak boleh pasang lagu tetapi biarlah cukup setakat boleh didengar oleh pelancong yang menaiki beca itu,” ujarnya, lapor Kosmo.

Dinasihatkan untuk tidak mengenakan caj yang mahal kepada penumpang

Selain itu, pengusaha beca juga dinasihatkan untuk tidak mengenakan caj perkhidmatan yang terlalu mahal sebaliknya mengekalkan harga asal iaitu RM25 bagi perjalanan yang kurang sejam dan RM40 pula untuk sejam.

Hal ini kerana, kerajaan negeri telah mendapat aduan apabila terdapat beberapa pengusaha beca yang mengenakan caj yang mahal kepada para pelancong.

“Saya harap ikutlah harga standard kalau pelancong tularkan isu negatif ini, secara tidak langsung perkhidmatan beca di Melaka akan memberi kesan kepada semua industri beca.”

Ada cadangan untuk buka laluan baru

Kata Abdul Razak lagi, pihak MBMB dalam masa sama ada membuat perancangan untuk membuka laluan baru serta lima pusat hentian beca untuk mengambil dan menurunkan penumpang.

Walau bagaimanapun, cadangan itu masih lagi dalam perbincangan dan hanya akan diketahui keputusannya sebelum 25 Disember nanti.

“Laluan asal dari Dataran Quayside melalui Medan Samudera, Menara Taming Sari dan Bastion House dikekalkan serta ditambah laluan baharu dari Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan melalui Muzium Kesultanan Melayu Melaka serta masuk semula ke Bangunan Stadthuys,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.