fbpx
Now Reading
Kuala Lumpur Dinobat Bandar Ke-8 Terbaik Di Dunia Untuk Golongan Ekspatriat

Kuala Lumpur Dinobat Bandar Ke-8 Terbaik Di Dunia Untuk Golongan Ekspatriat

Malaysia turut tersenarai sebagai 10 bandar terbaik berdasarkan beberapa kategori antaranya seperti keperluan ekspatriat, bahasa, perumahan dan kewangan peribadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia merupakan antara negara yang sering menjadi pilihan pelancong baik dalam mahupun luar negeri.

Ini kerana kepelbagaian budaya dan kehidupan yang harmoni dengan bangsa berbilang kaum nyata menjadi tarikan buat golongan tersebut.

Selain pelancong, Malaysia turut menjadi pilihan buat golongan ekspatriat atau individu luar untuk bekerja atau menjana pendapatan di negara ini.

Kuala Lumpur Ditangga Ke-8, Diiktiraf Sebagai Bandar Terbaik Buat Golongan Ekspatriat

Terbaharu, Kuala Lumpur, Malaysia diiktiraf sebagai bandar ke-8 terbaik di dunia bagi tahun 2023 untuk didiami oleh ekspatriat atau warga asing yang datang bekerja di sesebuah negara.

Memetik Forbes, kedudukan itu adalah berdasarkan laporan tahunan bandar terbaik dunia yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi global, InterNations.

Berdasarkan laporan itu, Kuala Lumpur terletak di kedudukan ke-8 daripada 20 bandar terbaik di dunia dan berada di hadapan Bangkok, Thailand yang berada ditangga ke-9 serta Muscat, Oman serta Dubai, UAE masing-masing di tempat ke-10 dan ke-11.

Tiga bandar yang dinobatkan sebagai bandar terbaik buat golongan ekspatriat adalah Malaga, Sepanyol yang menduduki tempat pertama diikuti Alicante serta Valencia.

“Berada di kedudukan terendah pula adalah Milan, Itali di tangga ke-49 menjadikannya bandar terburuk di dunia untuk hidup.

“Rom di tempat ke-48, manakala Vancouver, Kanada di tangga ke-47,” kata laporan itu.

Foto: Expat Insider 2023

Malaysia Turut Tersenarai Dalam 10 Bandar Terbaik Berdasarkan Beberapa Kategori

Melalui laporan itu juga, Malaysia turut tersenarai sebagai 10 bandar terbaik berdasarkan beberapa kategori antaranya seperti keperluan ekspatriat dan bahasa, Malaysia berada di tangga keempat bagi kedua-dua kategori itu.

Manakala, bagi kategori perumahan, Malaysia berada di kedudukan kedua dan kelima bagi kategori kewangan peribadi.

Foto: Expat Insider 2023

Penilaian Dibuat Berdasarkan Beberapa Kriteria

Untuk info, penilaian dibuat berdasarkan beberapa kriteria antaranya seperti kualiti hidup, kemudahan menetap, kewangan peribadi dan sebagainya.

Malah, tinjauan ini telah dilakukan terhadap 12,000 responden yang mewakili 177 kewarganegaraan dan menetap di 181 wilayah di seluruh dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Jadi Destinasi Kedua Paling Popular Di Kalangan Pelancong Antarabangsa – Airbnb

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Bandar Ke-6 Paling Popular Di Dunia Buat Pelancong

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.