fbpx
Now Reading
Nama Digunakan Untuk Promosi Produk, Dr Noor Hisham Akan Saman Syarikat Minuman Herba

Nama Digunakan Untuk Promosi Produk, Dr Noor Hisham Akan Saman Syarikat Minuman Herba

Menurut Noor Hisham, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat minuman herba berkenaan agar dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu peniaga menggunakan wajah selebriti atau individu berpengaruh untuk mempromosikan perniagaan atau produk tanpa kebenaran bukanlah suatu perkara baharu.

Tindakan tidak bertanggungjawab ini secara tidak langsung boleh memburukkan reputasi seseorang individu kerana boleh memberi tanggapan buruk kepada orang ramai terutama jika membabitkan produk kesihatan dan sebagainya.

Dr Noor Hisham dakwa syarikat minuman herba guna wajah dan namanya

Perkara sama turut berlaku kepada bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah apabila mendakwa wajahnya turut digunakan oleh sebuah syarikat yang menjual jeli dan minuman herba tradisional Cina untuk mempromosikan barangan mereka.

Perkara itu dimaklumkan oleh beliau menerusi laman X (Twitter).

Sifatkan ia tindakan tak bertanggungjawab dan memalukan

Malah beliau di dalam ciapan itu turut menyifatkan tindakan syarikat itu menggunakan nama dan gambarnya tanpa kebenaran sebagai sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

“Ini adalah salah satu promosi yang tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambar saya, ia juga mengelirukan orang awam. Ia satu tindakan yang memalukan,” ujarnya.

Jelas Dr Noor Hisham disebabkan tindakan syarikat minuman berkenaan, beliau akan membawa perkara itu ke mahkahmah.

“Berapa anda rasa saya patut saman mereka? Semoga perkara ini dapat memberi pengajaran kepada syarikat,” soalnya.

Tambahnya lagi, sekiranya menang dalam kes tersebut wang itu akan dikongsikan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ramai setuju dengan tindakan Dr Noor Hisham untuk ambil tindakan undang-undang

Melihat di ruangan balas, ramai yang bersetuju dengan tindakan yang mahu diambil oleh Dr Noor Hisham.

Tidak kurang juga ada yang meminta agar beliau memberikan peluang untuk syarikat berkenaan memohon maaf.

Beliau bagaimanapun ingin menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

“Teruskan dengan tindakan undang-undang. Sekurang-kurangnya beri pengajaran kepada yang lain dan tidak sewenang-wenangnya menggunakan nama tanpa kebenaran”

“Saman RM8 juta Tan Sri. Nanti duit menang tu masuk dalam Tabung Haji. Boleh dapat dividen RM20,000 sebulan untuk pencen nanti”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.