fbpx
Now Reading
Insiden Honda Jazz Terbakar Di Kelantan: Selepas Bayi, Bapa Pula Meninggal Dunia Dalam Rawatan

Insiden Honda Jazz Terbakar Di Kelantan: Selepas Bayi, Bapa Pula Meninggal Dunia Dalam Rawatan

Terdahulu, insiden itu telah mengorbankan bayi berusia 7 bulan, Wan Sabeena yang rentung dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Gua Musang- Kuala Krai Kelantan pada 27 November yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Masihkah anda ingat kejadian menyayat hati melibatkan sebuah keluarga yang kehilangan bayi berusia tujuh bulan pada minggu lalu?

Kemalangan ngeri itu mula menjadi perhatian warganet selepas tular video sebuah kereta Honda Jazz terbakar kerana terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai Kelantan pada 27 November yang lalu.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki oleh tiga beranak berkenaan terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum terbakar.

Apa yang lebih menyayat hati adalah bayi kepada pasangan Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril dan Nur Hasidah Razmi rentung akibat daripada kebakaran itu.

Malah, Wan Shahrizat turut cedera parah akibat melecur seluruh badan manakala Nur Hasidah hanya cedera ringan.

Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Lapan Hari

Terbaharu, selepas lapan hari bertarung nyawa, polis mengesahkan Wan Shahrizat yang juga merupakan pemandu kereta Honda Jazz berkenaan meninggal dunia pada pagi tadi (5 Disember).

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Kamarulzaman Harun, arwah sebelum ini menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai namun dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada 28 November atas permintaan keluarga.

Jelas beliau, Wan Sharizat mengalami cedera parah akibat melecur seluruh tubuh selepas kereta yang dipandunya terbakar akibat terbabas dan melanggar tiang lampu.

“Arwah pada ketika itu masih berada dalam keadaan kritikal dan dipantau rapi oleh doktor selain perlu bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan pernafasan.

“Bagaimanapun, pagi tadi dia meninggal dunia selepas lapan hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPZII,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan arwah bersama dua lagi kenderaan yang lain dikatakan dalam perjalanan pulang secara berkonvoi ke Kota Bharu, Kelantan dari Kuala Lumpur.

Ketika dalam perjalanan, kereta Honda Jazz yang dipandu oleh Wan Shahrizat terbabas lalu terbakar di Gua Musang-Kuala Krai, Kelantan pada awal pagi 27 November.

Insiden itu telah mengorbankan bayi mereka, Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat yang rentung dalam kejadian berkenaan manakala isterinya mengalami cedera ringan.

SEORANG BAYI MAUT DALAM KEBAKARAN SEBUAH KERETA 27.11.2023: Pada jam 4:04 pagi, JBPM KUALA KRAI menerima panggilan…

Posted by Balai Bomba Dan Penyelamat Kuala Krai on Sunday, 26 November 2023

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.